Categories: Resipi

Kari Daging Marvellous, Guna PETUA Ini Confirm Menjadi!

Resepi kari daging marvellous ini sangat sesuai dimakan bersama apa jua jenis nasi. Boleh juga digantikan dengan ayam jika tidak menggemari daging. Memang sedap terangkat!

Kari ini unik kerana menggunakan lemak daging atau lemak harimau menangis, yang menjadikan rasanya sangat istimewa dan berlainan dari yang lain. Jangan bimbang, pasti sedap!

Jom tengok resipi yang dikongsikan melalui group laman sesawang Facebook, Asam Pedas Tokwan

Baca juga: Popia Bergedel Sambal Kicap Berapi, Confirm Ketagih!

RESIPI KARI DAGING MARVELLOUS

Bahan-bahan:

  • Bawang merah – 10 biji (dihiris halus)
  • Bawang putih – 7 ulas (dihiris halus)
  • Halia – 2 inci (dihiris halus)
  • Kulit kayu manis – 2 batang
  • Bunga lawang – 3 kuntum
  • Bunga cengkih – beberapa kuntum
  • Biji pelaga – 3 biji
  • Lada hitam – 10 biji
  • Lengkuas – 1 inci (diketuk)
  • Serai – 3 batang (diketuk)
  • Daging – 1 hingga 1.5 kg (dipotong kecil, jika guna ayam cukup untuk seekor ayam)
  • Rempah:
  • Rempah daging – 300g (serbuk Allagapas daging)
  • Rempah nasi beriani – 2 sudu besar
  • Serbuk cili Allagapas – 1 sudu besar (jika mahu pedas)
  • Santan: 2 kotak kecil (200ml x 2) – boleh gunakan hanya satu kotak jika mahu, tetap sedap. Cara penggunaan:
    • Masukkan 1/2 kotak santan selepas rempah masak.
    • Masukkan 1 cawan air dan baki 1/2 kotak lagi sebelum menambah kerisik.
  • Lain-lain:
  • Kerisik – 5 sudu besar
  • Air – 1.5 cawan
  • Ubi kentang – 4 biji (dipotong 4)
  • Minyak – 2 cawan atau lebih (untuk memastikan rempah masak sempurna)

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu. Masukkan serai, lengkuas, dan halia. Tumis hingga wangi.

2. Masukkan rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, biji pelaga). Kacau hingga naik bau.

3. Masukkan rempah kari dan rempah nasi beriani yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau terus supaya tidak hangus.

4. Apabila rempah sudah masak dan mengeluarkan minyak, masukkan daging. Masak dengan api sederhana selama 20 minit hingga air daging keluar dan kering sedikit.

5. Masukkan air 1.5 cawan dan 1/2 kotak santan. Masukkan ubi kentang, gula, garam, dan kiub ayam atau ajinomoto. Masak hingga mendidih, kemudian masukkan baki santan yang tinggal.

6. Masak hingga daging dan ubi kentang empuk. Masukkan kerisik dan kacau hingga kuah pekat.

7. Rasa dan tambah apa yang kurang. Biarkan mendidih selama 5 minit sebelum tutup api.

Petua:

  • Jika ingin kuah lebih banyak, tambahkan 1 cawan air sebelum masukkan kerisik dan biarkan mendidih lebih lama supaya pekat semula.
  • Jika ubi kentang sudah masak tetapi daging belum empuk, keluarkan ubi kentang terlebih dahulu dan masukkan semula setelah daging empuk.
  • Minyak perlu banyak supaya rempah masak sempurna. Selepas masak, boleh buang sedikit minyak untuk menggoreng ikan atau masakan lain.
  • Rempah kari daging dicampur bersama rempah nasi beriani, menghasilkan rasa yang sangat enak.
  • Gunakan serbuk rempah kari daging Allagapas dan rempah beriani Adabi untuk hasil terbaik

Kari ini sangat sesuai dicicah dengan lemang dan ketupat. Selamat mencuba dan menikmati hidangan kari istimewa ini!

Selamat mencuba!

Baca juga: Mee Ladna Ringkas, Ini Cara Elak Mee Jadi Lembik!

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago