Pantang kalau singgah Melaka dan Johor, mesti nak rasa asam pedas di sana. Jika mak-mak dapat tahu resepi yang paling mudah tapi sedap, mesti seronok bukan?
Asam Pedas adalah sejenis masakan melayu dengan lauk berasaskan ikan berperisa masam dan pedas. Cara memasaknya taklah susah sangat dan tak terlalu mudah juga.
Tapi jika anda nakkan resepi yang paling ringkas, anda boleh ikut seperti cara yang ditunjukkan oleh Rosni Musa di Facebook ini.
Baca juga: Rahsia Asam Pedas Ori Melaka Yang ‘Pekat Likat’, Macam Ni Baru Padu!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Kisar bahan bertanda (*) sehingga lumat. Panaskan sedikit minyak. Tumis sebentar halba.
2. Masukkan bahan kisar, cili giling, serai dititik dan serbuk kunyit. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Bila bahan tumis dah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan sedikit air. Terpulang ikut banyak mana air.
4. Renihkan seketika dan masukkan sayur bendi. Kemudian masukkan pula daun kesom dan daun limau purut.
5. Bila bendi sudah separuh masak, masukkan ikan, garam dan serbuk perasa. Renehkan sehingga ikan masak. Siap!
Senang cerita, jika anda nak buat Asam Pedas yang cepat, boleh gunakan resepi yang mudah ini. Kuahnya memang cukup dengan rempah ratus, berselera makan dibuatnya.
Selepas ini kalau teringin, tak perlu susah payah ke Melaka atau Johor. Boleh buat sendiri di rumah, pasti lebih sedap dan puas hati dengan air tangan sendiri.
Selamat mencuba!
Sumber: Rosni Musa
Baca juga: Asam Pedas Ikan Sembilang, Kuah Pekat Dan Merah Menawan Dibuatnya
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…