kari ayam simple

Kalau tengah lapar dan nak masak cepat, kari ayam simple ini memang pilihan terbaik. Bahannya ringkas, langkah pun tak banyak. Tapi rasa tetap padu dengan kuah yang pekat.

Resipi ini juga sesuai untuk orang bujang, sibuk atau yang tak suka masak lama. Guna susu segar atau yogurt saja, tak perlu santan pun dah cukup rasa lemak.

Selain makan dengan nasi, kari ayam ini juga sesuai dinikmati bersama roti putih atau roti canai. Kuahnya yang pekat pasti buat kita rasa nak cicah sampai licin!

Baca juga: Resipi Ayam Mangga, Rasa Masam Manis Pedas Yang Confirm Membuka Selera!

RESEPI KARI AYAM SIMPLE

Bahan bahan:

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 1 ½ senduk rempah kari daging (campur dengan sedikit air, cukup sekadar larut dan tak kering)
  • 1 sudu makan rempah kari (gaul dengan ayam)
  • 1 sudu makan garam

Bahan tumisan:

  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Daun kari (kalau ada)
  • ½ cawan susu/yogurt

Cara memasak:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari sampai wangi.
  2. Masukkan ayam yang telah digaul dengan rempah kari dan garam. Goreng sekejap saja, macam nak buat ayam masak merah. Cukup untuk garingkan luar ayam. Tujuannya supaya ayam tak kering dan masih berjus walaupun kuah kari nanti pekat.
  3. Angkat ayam. Dalam minyak yang sama, tumis rempah kari yang telah dibancuh jadi pes.
  4. Tambah minyak sedikit supaya rempah cepat masak.
  5. Guna api besar sekejap untuk pecahkan minyak, kemudian kecilkan api dan tutup kuali atau periuk supaya rempah masak sekata.
  6. Bila rempah dah pecah minyak, masukkan semula ayam yang digoreng tadi.
  7. Tambah susu segar atau yogurt dan sedikit air. Masak dengan api perlahan hingga semua bahan sebati dan kuah jadi pekat.
  8. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit asam (boleh perah limau nipis jika guna susu).
  9. Siap untuk dihidang!

Sesuai dimakan dengan:

Sumber: Khabbab Jamalludin

Baca juga: Resipi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas-Pedas Manja! Sekali Rasa, Tak Henti Menyuap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN