kambing masak merah

Selalunya apabila ada kenduri, mesti banyak lauk pauk yang berempah dan menyelerakan. Antara yang paling dinanti ramai, mestilah  Kambing Masak Merah.

Jika ada daging kambing tapi tiada idea untuk masak apa, boleh buat resipi Kambing Masak Merah yang dikongsikan oleh Ummi Abdullah Saadah di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Bamia Kambing Dari Ibu Mertua, Guna 5 Bahan Je!

RESIPI KAMBING MASAK MERAH

kambing masak merah

Bahan-bahan:

Bahan kisar:

  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia

kambing masak merah

Cara-cara masak:

  1. Mula-mula, masukkan minyak masak ke dalam kuali.
  2. Setelah minyak panas, masukkan 4 sekawan, cili hijau besar dan daun kari.
  3. Kacau sampai bau wangi, kemudian masukkan bahan kisar sambil kacau.
  4. Masukkan rempah kari (saya masak 2kg daging kambing, jadi letak dalam 6 sudu besar).
  5. Masukkan kerisik, puri tomato, garam dan gula secukup rasa sambil kacau lagi.
  6. Seterusnya, masukkan daging kambing dan kacau sampai sebati.
  7. Masukkan air supaya rencah jadi garing, naik minyak dan daging mudah empuk.
  8. Apabila lauk sudah kering dan naik minyak, masukkan susu cair.
  9. Selepas itu, masukkan daun ketumbar dan kacau lagi.
  10. Masukkan kismis dua warna, gajus yang telah digoreng, daun pudina, bawang goreng.

Kuah dalam Kambing Masak Merah agak pekat dengan warnanya merah menyala. Dagingnya pula empuk dan cukup rasa, memang naik seri meja hidangan dibuatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Ummi Abdullah Saadah

Baca juga: Kari Kambing Simple, Cuci Daging Begini Baru Lembut Dan Tak Berbau

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN