Pelbagai jenis masakan udang yang ada, tapi Kam Heong Udang memang tiada lawannya. Aroma daun kari, rasa pedas manis dan udang yang juicy memang buat orang terliur.
Kam Heong Udang adalah salah satu hidangan laut popular di Malaysia dan Singapura. Nama ‘Kam Heong’ bermaksud aroma emas yang menunjukkan rasa wangi dan pekat istimewa.
Resipi oleh Hawa Mohd Amin menarik perhatian ramai kerana cara memasaknya mudah difahami. Senang cerita, orang yang baru belajar masak pun boleh buat. Jom kita cuba!
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sarang Telur Dalam Resipi Udang Goreng Butter, Hasilnya Cantik Berjurai!
Bahan-bahan:
Bahan tumis (dicincang halus):
Bahan perasa:
Cara-cara memasak:
1. Perap udang dengan garam, kunyit dan tepung jagung. Gaul rata dan ketepikan seketika.
2. Goreng udang dalam minyak panas sehingga garing luar tetapi masih juicy di dalam. Angkat dan toskan.
3. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis dan serbuk kari ikan. Kacau rata dan masak sedikit lama.
5. Jika suka berkuah, tambahkan sedikit air supaya tak terlalu kering.
6. Masukkan daun kari, kemudian udang goreng tadi. Gaul perlahan dan masak sekitar 5 minit saja.
Sebagai hidangan lauk utama, Kam Heong Udang memang serasi dimakan bersama nasi putih panas. Sekali cuba, besar kemungkinan ia akan jadi menu ulang-ulang di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Hawa Mohd Amin
Baca juga: Resepi Udang Goreng Berempah Paling Wangi, Sekali Masak Terus Licin!
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…
Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…
Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…