Kailan goreng Rangup, atau juga dikenali sebagai kailan Yin Yang, merupakan hidangan yang berasal dari masakan Cina. Sayur ini sendiri adalah sejenis sayuran hijau yang serupa dengan brokoli.
Hidangan ini sering dipanggil “Yin Yang” kerana gabungan dua tekstur yang bertentangan: rangup di luar dan lembut di dalam.
Baca juga: Sayur Taugeh Tumis Sos Tiram, Lauk SIMPLE Tapi Bertambah Makan Dibuatnya!
Untuk membuat kailan goreng rangup, biasanya ia dipotong halus seperti bunga rampai kemudian digoreng dalam minyak panas sehingga bahagian luar sayur menjadi kering dan garing, manakala bahagian dalam kekal lembut.
Bahan-bahan yang digunakan untuk memasak kailan ini boleh berbeza-beza, tetapi secara amnya termasuk bawang putih, kicap, dan mungkin sedikit kicap untuk memberikan rasa yang enak dan masin. Ia memberikan gabungan lazat rasa segar sayur-sayuran dan tekstur rangup yang menarik.
Ikuti resipi penuh dari perkongsian Cik Puan Ana Suzana ini.
RESIPI KAILAN GORENG RANGUP
Bahan-bahan:
- 300gm Kailan Hong Kong
- Segenggam Ikan Bilis
- 4 ulas bawang putih (di hiris)
- 1 sudu besar sos tiram
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
- Sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan saja)
- Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:
- Cuci kailan dan hiris nipis daunnya. Batang kailan di potong/hiris berasingan.
- Goreng daun kailan hingga garing (warna akan bertukar hijau gelap). Angkat
dan toskan. - Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
- Gunakan sedikit minyak tadi untuk menumis bawang putih. Setelah naik baunya, masukkan batang kailan yang telah dipotong.
- Kemudian masukkan air sedikit, sos tiram dan garam sikit saje sebab sos tiram sudah masin.
- Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Diatasnya, masukkan kailan yang digoreng tadi dan taburkan ikan bilis.
Selamat mencuba resipi sayur yang mudah dan sedap ini.
Sumber: Ana Suzana
Baca juga: Sayur Campur Cara SIMPLE, Campak-campak Dalam Kuali Dah Siap!