Categories: Infomasi

Kafe Menarik Di Kuantan, 10 Senarai Yang Wajib Anda Singgah ‘Ngopi’!

Kalau 5 tahun lalu Kuantan mungkin lebih dikenali sebagai negeri ikan patin tempoyak. Namun, sejak kebelakangan ini lambakan kafe menarik di Kuantan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Hal ini sekaligus telah menjadikan Kuantan sebagai ‘Bandaraya Kopi’ dan sebagai buktinya pelbagai pesta kopi dijalankan di negeri ini hampir setiap minggu.

Apa lagi, moh kita lihat 10 kafe menarik di Kuantan yang best untuk mengopi.

Baca lagi: 5 Port Kedai Makanan Laut Di Kuantan, Dijamin Semuanya Segar-Segar!

10 KAFE MENARIK DI KUANTAN

1. Slow Bar By Kopicat

 

Kredit: Google Image

Kedai kopi yang mendapat 4.9 bintang di Google review ini menyajikan kopi perlahan menggunakan mesin espresso manual. Biji kopi yang digunakan juga sangat istimewa kerana mengikut musim. Sebagai peminat kopi, anda wajib singgah ke Slow Bar by Kopicat ini.

Alamat: A1112 & A1114, Jalan Alor Akar, Taman Mayfair (Green), 25250 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Isnin – Jumaat, 9 am – 11 am

Google review: Di sini

2. Kuantan Pickers & Kedai Kopi

Kredit: Wikimedia Commons

Kafe ini mempunyai dekorasi barangan antik tradisional dari pelbagai jenama dan negara. Penggunaan dekorasi ini telah menarik perhatian pelanggan untuk sering berkunjung ke kafe ini untuk menikmati makanan tempatan yang sedap

Alamat: 22, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari kecuali SELASA, 7 am – 7 pm

Google review: Di sini

3. LUTH Cafe

Kredit: Jalan-Jalan Cari Makan Di Pahang

Luth Cafe ini terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu di hadapan Menara 188 dan bersebelahan dengan Kuantan Art Street. Kafe ini juga boleh dikatakan sebagai ‘hidden gem‘ kerana kedainya yang tersorok sedikit dan kecil namun, kopi, pastri dan biskut yang disajikan sangat-sangat berkualiti tinggi.
Alamat: 136B, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari kecuali ISNIN, 8:30 am – 4 pm

Google review: Di sini

4. BARNHOUZ Coffee & Cookies

Kredit: Barnzhouz Coffee & Cookies

BARNHOUZ Coffee & Cookies di Kuantan ialah kafe pop-up yang  terkenal dengan biskut lembut buatan sendiri dan kopi berkualiti. Terletak di dalam kawasan rumah, ia menawarkan pengalaman unik di mana pemilik rumah sendiri sebagai barista, manakala biskut segar dibakar setiap hari oleh isterinya.

Anda boleh memilih hampir 10 jenis perisa soft cookies yang pelbagai.

Alamat: A2886, Lorong Tok Sira 24, Taman Taz, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari kecuali ISNIN, 11 am – 6 pm

Jumaat, 12 pm – 10 pm

Google review: Di sini

5. Roots by Kebun Kota

Kredit: Facebook Roots by Kebun Kota

Roots by Kebun Kota menyajikan makanan yang sihat untuk pelanggannya di mana hampir setiap bahan yang disajikan adalah berunsurkan organik dan segar dari kebun pemilik kedai ini sendiri. Tempatnya sangat santai untuk anda menikmati hidangan yang disajikan.

Alamat: B90, Jalan Air Putih 6, 25300 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari kecuali ISNIN, 9:30 am – 5 pm

Google review: Di sini

6. Rasa Sayang Cafè

Kredit: Trip.com

Jika anda mahukan hidangan pencuci mulut yang sedap dan ringkas, Rasa Sayang Cafe jawapannya!  Selain dari kopi serta minuman lain, anda wajib menikmati kek yang disajikan seperti Burnt Cheesecake yang cair di dalam mulut.

Alamat: A25, Jalan Sri Kuantan 80, 25250 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari kecuali SELASA, 10:30 am – 10:30 pm

Google review: Di sini

7. Tjantek

Kredit: Placefu

Kafe ini terkenal dengan wafel yang rangup di luar namun lembut di dalam. Selain itu, ia menyediakan pelbagai pilihan topping seperti aiskrim vanila, apple cinnamon, dan kelapa gula Melaka. Menariknya lagi, anda boleh memilih untuk menikmati hidangan di ruang makan separa terbuka, sambil menikmati cahaya matahari dan udara segar.

Alamat: 46, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari kecuali RABU, 10 am – 10 pm

Google review: Di sini

8. Muka Coffee

Kredit: The Halal Explorer

Reka bentuk dan susun atur kafe ini sangat unik, estetik, dan berkonsepkan atelier, memberikan suasana seperti galeri seni. Dengan alunan muzik klasik atau kontemporari, ia pasti menenangkan fikiran anda sambil menikmati secawan kopi. Selain itu, anda pasti akan tertarik dengan rekaan pintu kacanya yang sangat besar dan cantik!

Alamat: 37, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari kecuali RABU, 9 am – 11 pm

Google review: Di sini

9. Wild Flour Kopi House

Kredit: Google Image

Wild Flour Kopi House ini menyajikan kopitiam yang berkonsepkan moden seperti kedainya yang berwarna ceria. Selain dari kopi yang kaw, kedai ini juga mempunyai kepakaran dalam membuat French pastri yang sangat sedap.

Alamat: 25, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari kecuali ISNIN, 8:30 am – 5 pm

Google review: Di sini

10. Uncle Kayls Roast Brew – Pure Matcha Club

Kredit: Google Image

Uncle Kayls Roast Brew ini merupakan kafe pop-up yang terkenal dengan kepakaran dalam membuat matcha yang sangat halus rasanya. Selain harganya yang sangat murah, kafe ini juga menjadi buruan anak muda yang gemarkan suasana berkonsepkan estetik.

Alamat: Lorong Tok Sira 17, Taman Taz, 25250 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari kecuali SELASA, 9 am – 6 pm

Google review: Di sini

Selamat mengopi!

Sumber: My Weekend Plan

Baca lagi: Restoran Makanan Eksotik Di Sekinchan Yang Wajib Cuba, Memang ‘Rare’!

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago