Setiap kali waktu petang tiba, mesti tekak teringin makan snek yang ringan dan alangkah seronoknya jika dapat kunyah Kacang Salut Tepung yang sedap.
Sejak tercetusnya idea untuk buat kacang yang disalutkan dengan tepung, snek ini menjadi kegemaran ramai sampaikan makan tak berhenti dibuatnya.
Snek ini biasanya dibuat dengan menggunakan kacang tanah yang dijemur terlebih dahulu untuk menambah kelazatannya.
Selain tinggi dengan kandungan protein, serat dan minyak, kacang tanah juga berkhasiat kepada jantung.
Snek ini banyak dijual di kedai tapi anda boleh cuba buat sendiri di rumah dengan mengikut resipi Kacang Salut Tepung yang dikongsikan oleh Siti Fairuz Abdullah di Facebook ini.
Baca juga: Resipi Kacang Shantung Goreng, Rasa Masin & Berlemak Memang Bikin ‘Ketagih’
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Bersihkan kacang tanah, bilas dan jemur kering sehari sebelum nak buat.
2. Campur semua bahan iaitu kacang, bawang putih, serbuk cili, gula, garam dan telur.
3. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum dan tepung beras, kemudian gaul sehingga sebati.
5. Panaskan minyak masak dan goreng dengan api sederhana.
6. Apabila sudah nampak garing, angkat dan toskan minyak sebelum dimasukkan dalam bekas. Siap untuk dinikmati!
Kerangupan salutan luaran tepungnya dan keenakan rasa kacang pada Kacang Salut Tepung bakal membuatkan sesiapa saja menikmatinya sampai berulang kali.
Jika terfikir untuk buat snek ringan yang boleh dimakan pada bila-bila masa, Kacang Salut Tepung adalah pilihan yang tepat untuk anda nikmati.
Resipi yang cukup mudah dan santai ini boleh dibuat di rumah bersama anak-anak dengan lebih seronok.
Kami yakin snek seperti ini pasti laku keras dan mungkin satu bekas pun boleh habis dalam masa satu hari saja.
Selamat mencuba!
Sumber: Siti Fairuz Abdullah
Baca juga: Kacang Kuda Sambal Pedas, Ada Rasa Manis & Lemak Masin
Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…
Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…
Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…
Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…
Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…
Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…