Categories: Resipi

Resipi Masak Asam Ikan Bilis Yang Padu, Seperiuk Nasi Pun Boleh Habis!

Ikan bilis sangat sinonim dengan masakan sambal dan sering dihidangkan bersama nasi lemak. Selain daripada itu, terdapat satu lagi hidangan yang boleh dicuba, iaitu masak asam ikan bilis seperti yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook ini.

Menu ini sangat mudah untuk disediakan kerana hanya memerlukan beberapa bahan sahaja. Gabungan rasa masam, manis, dan masin dalam masakan ini menjadikannya kegemaran ramai. Sekali anda mencubanya, pasti akan teringat-ingat!

Baca juga: Resipi Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng, Boleh Buat Stok Banyak Terus!

IKAN BILIS MASAK ASAM

Bahan-bahan:

  • Bawang besar – 2 biji
  • Bawang putih – 7 ulas
  • Halia – secukupnya
  • Cili padi – secukupnya
  • Asam jawa – secukupnya
  • Ikan bilis – secukupnya
  • Garam dan gula
  • Minyak untuk goreng

Cara memasak:

1. Dalam minyak yang panas, goreng ikan bilis sehingga garing.

2. Angkat dan ketepikan.

3. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar 2 biji, bawang putih sebanyak 7 ulas dan halia secukupnya.

4. Tumis sehingga layu dan wangi.

5. Kemudian, masukkan cili padi. Sekiranya ingin pedas, boleh lebihkan kuantiti.

6. Setelah itu, masukkan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih.

7. Selepas mendidih, masukkan asam jawa. Lebihkan kuantiti sekiranya suka masam.

8. Boleh masukkan garam dan gula untuk penambah rasa. Terpulang kepada cita rasa masing-masing.

9. Akhir sekali, masukkan ikan bilis sudah digoreng dan biarkan seketika.

Kredit resipi dan gambar: Rozzy Id, Nor Hayati Bakar

Baca juga: Hanya Guna Cuka, Tip Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup Walaupun Dah Dibasuh

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

2 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

2 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

2 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 days ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 days ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 days ago