kacang salut tepung

Setiap kali waktu petang tiba, mesti tekak teringin makan snek yang ringan dan alangkah seronoknya jika dapat kunyah Kacang Salut Tepung yang sedap.

Sejak tercetusnya idea untuk buat kacang yang disalutkan dengan tepung, snek ini menjadi kegemaran ramai sampaikan makan tak berhenti dibuatnya.

Snek ini biasanya dibuat dengan menggunakan kacang tanah yang dijemur terlebih dahulu untuk menambah kelazatannya.

Selain tinggi dengan kandungan protein, serat dan minyak, kacang tanah juga berkhasiat kepada jantung.

Snek ini banyak dijual di kedai tapi anda boleh cuba buat sendiri di rumah dengan mengikut resipi Kacang Salut Tepung yang dikongsikan oleh Siti Fairuz Abdullah di Facebook ini.

Baca juga: Resipi Kacang Shantung Goreng, Rasa Masin & Berlemak Memang Bikin ‘Ketagih’

RESIPI KACANG SALUT TEPUNG

kacang salut tepung

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Bersihkan kacang tanah, bilas dan jemur kering sehari sebelum nak buat.

2. Campur semua bahan iaitu kacang, bawang putih, serbuk cili, gula, garam dan telur.

kacang salut tepung

3. Gaul sehingga sebati.

4. Masukkan tepung gandum dan tepung beras, kemudian gaul sehingga sebati.

5. Panaskan minyak masak dan goreng dengan api sederhana.

6. Apabila sudah nampak garing, angkat dan toskan minyak sebelum dimasukkan dalam bekas. Siap untuk dinikmati!

Kerangupan salutan luaran tepungnya dan keenakan rasa kacang pada Kacang Salut Tepung bakal membuatkan sesiapa saja menikmatinya sampai berulang kali.

Jika terfikir untuk buat snek ringan yang boleh dimakan pada bila-bila masa, Kacang Salut Tepung adalah pilihan yang tepat untuk anda nikmati.

Resipi yang cukup mudah dan santai ini boleh dibuat di rumah bersama anak-anak dengan lebih seronok.

Kami yakin snek seperti ini pasti laku keras dan mungkin satu bekas pun boleh habis dalam masa satu hari saja.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Fairuz Abdullah

Baca juga: Kacang Kuda Sambal Pedas, Ada Rasa Manis & Lemak Masin

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN