Portal budaya pop dan hiburan Malaysia, JUICE Malaysia, kini memperkenalkan segmen baharu dalam Bahasa Melayu (BM) yang diberi nama ‘Ikat Tepi’.
Langkah ini diambil bagi memperluaskan capaian kepada lebih ramai pembaca, selari dengan perkembangan penggunaan platform dalam talian di Malaysia.
“Sejak zaman penerbitan majalah budaya jalanan kami yang sederhana, JUICE sentiasa memberikan ruang kepada semua golongan masyarakat.
“Kami percaya bahawa bahagian khusus dalam bahasa kebangsaan adalah cara terbaik untuk terus menarik minat peminat kami,” kata Ben Liew, Ketua Editor JUICE Malaysia.
Beliau turut menambah bahawa keputusan ini didorong oleh peningkatan penggunaan BM sebagai medium ekspresi oleh artis-artis urban tempatan.
Baca lagi: Cara Buat Sambal Nasi Lemak Sedap, Pekat & Berkilat! Baru Rasa Lagi Menyengat…
JUICE Malaysia yang Anda Kenal dan Cintai, Kini dengan Perisa Baru
‘Ikat Tepi’ akan terus menawarkan kandungan yang sama seperti versi Inggeris, namun dengan fokus khusus pada topik-topik yang lebih relevan kepada pembaca BM.
Ini termasuklah hiburan tempatan seperti pertunjukan seni, festival muzik, tempat-tempat menarik untuk dilawati, aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan, tip fesyen, serta penerokaan mendalam mengenai cerita-cerita menarik dari perspektif Malaysia yang unik.
Ditubuhkan pada tahun 2002 sebagai majalah percuma, JUICE Malaysia kini sinonim dengan hiburan terkini di Malaysia. Dengan perubahan zaman, ia berkembang menjadi platform digital yang menyajikan berita, acara, budaya pop, dan gosip harian.
Klik di sini untuk membaca kandungan JUICE Ikat Tepi (BM). Untuk JUICE Malaysia dalam versi asalnya (Bahasa Inggeris), klik di sini.
Baca lagi: Makaroni Cheese Bakar Anti Muak, Berkrim Begini Pasti Anak Suka Makan!