MENJAGA dan membesarkan anak-anak bukanlah satu tanggungjawab yang mudah terutama bagi ibu bapa yang bekerja dan mempunyai anak kecil yang memerlukan perhatian penuh.
Ini kerana tanggungjawab ibu bapa tidak hanya terhad kepada menjaga anak, tetapi termasuk tugasan lain yang perlu dilaksanakan dan mereka perlu bijak dalam membahagikan masa dengan kehidupan di rumah.
Oleh itu, bagi memudahkan urusan menjaga anak, terdapat segelintir ibu bapa yang menggunakan khidmat pengasuh bayi seperti Kiddocare, sebuah platform dalam talian yang menghubungkan ibu bapa dengan pengasuh terlatih.
Menerusi kerjasama Kiddocare dan REV Ad Manager (RAM), ibu bapa tidak perlu runsing lagi kerana kini mereka boleh mendapatkan pengasuh, pada bila-bila masa di mana sahaja.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kiddocare, Nadira Yusoff berkata objektif mereka untuk mendapatkan pelanggan baharu bagi perkhidmatan mengasuh bayi berjaya dicapai setelah menjalankan kempen bersama RAM.
“RAM membantu untuk mengenal pasti profil audiens keluarga yang betul dan cadangan saluran tepat untuk iklan kami, dan hasilnya Kiddocare berjaya meraih lima kali ganda peningkatan dalam jualan,” tambah Nadira.
Selain itu, akses kepada RAM juga membolehkan syarikat berkembang lebih dari iklan media sosial bagi memastikan capaian jenama pada harga yang berpatutan.
RAM adalah satu bentuk penyelesaian unik dalam memperkasakan jenama dan agensi yang menyasarkan audiens berdasarkan pandangan pengguna strategik.
Tujuan utama RAM adalah untuk memperkasakan PKS tempatan dan membolehkan mereka mencapai lebih ramai audiens sasaran.
Dengan hanya menjalankan sebuah kempen menggunakan jenis iklan Prestasi (Mobile Sticky Bottom), CTR (click-through rate) Kiddocare telah berjaya meningkat kepada lima peratus (melebihi tanda aras).
Bagi perniagaan dan usahawan yang menggunakan khidmat RAM untuk pengiklanan akan menikmati manfaat rangkaian penonton, cadangan khidmat dan saluran yang tepat serta penyasaran audiens yang strategik dengan Model Pengguna AI.
Memperkenalkan jenama anda kini tidak lagi perlu menjadi suatu hal yang merumitkan dan tidak akan menghabiskan bajet anda. Paling penting, anda dapat hasil yang anda inginkan dengan 5 langkah mudah ini:
RAM bertujuan untuk memperkasakan PKS tempatan dan membolehkan mereka mencapai lebih ramai audiens sasaran. Dapatkan khidmat REV Ad Manager di laman sesawang REV Ad Manager.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…