Sebuah kopi yang dikenali sebagai Kopi Joss (Kopi Arang Panas) di Indonesia dikatakan unik kerana mampu membuang toksin dari dalam badan.
Dalam era moden ini, terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh peniaga untuk menonjolkan keunikan dan membezakan diri daripada persaingan.
Keunikan ini boleh menarik minat pelanggan untuk membeli dan mencuba produk yang dijual terutamanya dalam produk makanan.
Baca juga: Tip Pemakanan SIHAT Semasa Musim Jerebu, KKM Kongsi Caranya
Kini, sebahagian besar penduduk Malaysia menyukai hidangan yang berbeza dari biasa. Beberapa menu yang menarik perhatian termasuklah Milo Keju, Nasi Lemak Keju, Sambal Strawberi, dan yang terbaru, Kopi Joss iaitu kopi yang dicampur dengan bara arang.
Mengikut Kementerian Kesihatan (KKM), permintaan untuk menambahkan arang aktif ke dalam minuman kopi yang semakin popular kini adalah bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan boleh dianggap sebagai kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.
KKM mengumumkan bahawa pengusaha premis makanan yang menyajikan kopi dengan arang boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara selama tidak melebihi dua tahun jika disabitkan kesalahan.
“Kopi yang sedia diminum dikawal di bawah Peraturan 269A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan peraturan tersebut hanya membenarkan penambahan gula, dekstrosa, glukosa atau madu, susu, krimer, makanan lain dan bahan perisa yang dibenarkan. Arang tidak dikategorikan sebagai makanan,” jelas KKM yang dipetik dari Berita Harian.
Malah, trend terbaharu ini turut menjadi perhatian pakar kesihatan. Pakar melahirkan kebimbangan terhadap perbuatan mengambil minuman berkenaan kerana ia boleh memberi kesan buruk seperti kanser kepada individu.
Ini kerana ia yang bersifat karsinogenik serta boleh menyebabkan usus tersumbat jika diambil secara kerap bagi tempoh yang lama.
Tambah KKM lagi, sifat arang panas (bara arang) yang dimasukkan ke dalam kopi adalah berbeza dengan arang yang diaktifkan yang lazim digunakan dalam industri makanan.
Ini kerana arang tesebut sudah diproses dan ditulenkan serta selamat untuk digunakan.
“Bagaimanapun, arang panas yang dimasukkan secara terus dalam kopi seperti yang ditularkan itu tidak dapat dipastikan, sama ada telah diproses dengan betul atau selamat untuk dimakan atau diminum begitu sahaja kerana kemungkinan terdapat unsur benda asing atau toksik lain.
“Justeru, sebagai langkah pemantauan, siasatan akan dijalankan setelah KKM mendapat maklumat lengkap premis makanan yang ditularkan,” jelas KKM lagi.
Pada masa yang sama, KKM menyeru orang ramai yang mahu membuat aduan berhubung mana-mana premis makanan yang tidak mematuhi peruntukan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya untuk melaporkannya melalui platform seperti berikut:
Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat
“Dalam masa sama, orang ramai dinasihatkan agar memilih kedai makan atau restoran yang bersih, terutama yang telah mendapat pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) daripada kementerian,” menurut kenyataan itu.
KKM mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai mengulas laporan yang dibuat oleh Bernama pada 16 November lepas mengenai trend minum kopi yang disertakan dengan bara arang di sebuah kedai makan.
Ada pihak mendakwa kopi yang juga dikenali sebagai Kopi Joss di Indonesia itu mempunyai keunikan tersendiri dan menjadi salah satu cara untuk singkirkan toksin dari dalam badan.
Sumber: Berita Harian
Baca juga: Kenali Jenis Kopi Paling MAHAL Di Dunia, Coffee Lover Wajib Tahu!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…