ayam ungkep

Tiada idea nak masak apa menggunakan ayam? Apa kata jom cuba masak ayam ungkep yang mudah dan sedap ini.

Ayam ungkep merupakan salah satu masakan orang Jawa yang terkenal. Sedap makan dengan nasi putih, confirm bertambah!

Kalau ada yang tertanya-tanya rasa ayam ungkep ini, jom lihat resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Ayam Ungkep Yang Mudah & Sedap

Bahan-bahan:

  • Serai 2 batang – titik
  • 3 ulas bawang merah – tumbuk
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk
  • Kunyit hidup (besar ibu jari)
  • Cili padi (kuantiti ikut tahap kepedasan) – tumbuk
  • Ketumbar paket kecik (rendam dulu supaya senang tumbuk)  – tumbuk
  • Kunyit serbuk 1 sudu
  • Asam jawa 1 sudu makan
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan serai sehingga bau.

2. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Tutup periuk sehingga ayam masak.

ayam ungkep

3. Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan kuah memekat.

4. Selamat mencuba!

ayam ungkep

Kredit: Noor Baini Ali

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN