Categories: Resepi

Jom Cuba Resepi Spring Roll Buah-Buahan, Sesuai Untuk Korang Yang Tengah Diet!

Musim PKP ini mungkin ada sesetengah di antara kita yang ingin menjaga badan kerana telah duduk di rumah yang terlalu lama risau nanti lepas PKP berat naik mendadak. Memandangkan ramai yang kata makanan diet tidak sedap dan membosankan, jom cuba resepi fruit spring roll ini.

Mungkin korang sudah biasa makan vietnamese spring roll, tetapi di dalamnya isi ayam, ketam atau udang. Tetapi fruity spring roll ini mempunyai buah-buahan di dalamnya. Sesiapa yang suka sangat makan buah, boleh cuba resepi ini.

Bahan-bahan

  • Suhun
  • Bunga telang
  • Jus buah naga
  • Jus lemon
  • Buah-buahan pilihan
  • 2sdb tepung kastard
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 sdb gula
  • Secubit garam
  • Rice paper


CARA PENYEDIAAN

  1. Untuk membuat suhun menjadi warna biru, korang perlu merendamkannya di dalam air bunga telang selama beberapa minit sehingga ia bertukar warna.
  2. Rendamkan suhun di dalam air jus buah naga supaya suhun menjadi warna buah jambu, dan rendamkannya di dalam air bunga telang dan juga jus perahan lemon supaya suhun berwarna ungu.
  3. Rendamkan rice paper ke dalam air suam sehingga ia menjadi lembut sedikit, letak suhun dan buah di atasnya lalu gulungkan ia.
  4. Untuk sos cicahan pula, masukkan susu cair, gula, tepung kastard dan garam. Gaulkannya sehingga ia menjadi sebati dan mendidih. Tutup api dan boleh dinikmati bersama fruity spring roll.

Siap dan selamat mencuba!

Sumber: Emma Villa

 

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago