PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-10 04:03:46

Duduk dirumah ketika pkp ni memang mencabar! Mencabar sebab kita semua bosan duduk rumah tidak tahu nak buat apa. Jadi kepada sesiapa yang bosan tu bolehlah cuba resepi mudah pencuci mulut ini iaitu Puding Oreo Milo Lemak Manis. Puding ini hanya mengambil masa satu jam untuk disiapkan. Puding ini juga sesuai dibuat minum-minum petang. Jadi apa tunggu lagi? Mari kita cuba resepi Puding Oreo Milo Lemak Manis yang dikongsikan oleh Mala Mansor di Facebook.

 

Kredit: Mala Mansor

 

Bahan-bahan:

  • Air 500 ml 
  • Agar-agar tali 5gm 
  • Susu pekat 3 sudu
  • Oreo 10 keping
  • Milo 4 sudu

 

Kredit: Mala Mansor

 

Cara-cara:

  1. Rebus agar-agar dan air hingga hilang tali.
  2. Masukkan susu pekat. Biar mendidih sekejap. Tutup api. 
  3. Masukkan oreo. Gaul rata. 
  4. Masukkan separuh ke dalam bekas dan sejukkan.
  5. Separuh lagi tadi gaul dengan milo.
  6. No (4) tadi dah keras, masukkan no (5). Sejukkan dan siap! 

 

Kredit: Mala Mansor

 

Kredit: Mala Mansor

 

Kredit: Mala Mansor

 

Kredit: Mala Mansor

 

Selamat Mencuba

Kredit: Mala Mansor

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN