PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-05 04:01:50

Resepi kari hari ini agak lain daripada yang lain kerana resepi ini dibawa khas dari Nepal. Kari ini agak unik kerana ianya tidak menggunakan santan. Sangat simple dan sedap. Boleh dimakan bukan dengan nasi je malahan dengan roti arab pun boleh. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Resepi Viral Terbaik di laman facebooknya.

 

Kredit: ‎ Resepi Viral Terbaik

 

Bahan-bahan:

  • Ayam seekor
  • Bawang merah 5 biji *
  • Bawang putih 3 biji *
  • Halia 1 inci *

(Kisar bahan yang bertanda*)

  • Tomato 4 biji (potong dadu)
  • Ubi kentang (optional)
  • Daun ketumbar 1 pokok (letak lebih lagi sedap)
  • Yogurt original 5 sudu (yang tiada perisa)
  • Serbuk kari 6 sudu penuh

 

Kredit: ‎ Resepi Viral Terbaik

 

Cara-cara

1. Tumis semua bahan kisar.

2. Masukkan tomato, masukkan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.

3. Kemudian masukkan ayam dan kentang dan masukkan sedikit air.

4. Biarkan mendidih hingga ayam masak.

5. Kemudian masukkan yogurt.

6. Akhir skali, masukkan daun ketumbar yang sudah dipotong-potong dan siap!

 

Kredit: ‎ Resepi Viral Terbaik

 

Selamat Mencuba

Kredit: ‎ Resepi Viral Terbaik

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN