Siapa kata air fryer boleh buat bakar ayam je, air fryer banyak tau kegunaannya. Salah satunya boleh buat puding roti, korang masukkan je dalam air fryer lepas 10 minit dah siap. Jimat masa dan jimat tenaga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ceah Caera di Facebook.
myResipi
Nusantara
Medium
15 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Siapa kata air fryer boleh buat bakar ayam je, air fryer banyak tau kegunaannya. Salah satunya boleh buat puding roti, korang masukkan je dalam air fryer lepas 10 minit dah siap. Jimat masa dan jimat tenaga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ceah Caera di Facebook.
6-7 keping roti Gardenia
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula halus *
1 sudu teh esen vanila*
2 biji telur*
Kismis/ badam/ chocolate chip sebagai hiasan
Kredit: Ceah Caeira
Carik-carikkan roti. Susun dalam loyang dan tabur chocolate chip. Kemudian susun roti lapis kedua. Tabur lagi chocolate chip. Seterusnya susun roti dan tabur badam pada bahagian atas sekali.
Satukan semua bahan bertanda (*).
Tuang dalam loyang roti yang dah disusun.
Bakar dengan suhu 180 C selama 10-15 minit dan siap boleh dimakan bersama sos kastard.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Resepi tauhu telur nestum mentega ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba hidangan tauhu dengan…
Sarapan pagi merupakan antara waktu makan yang penting untuk membekalkan tenaga sebelum memulakan aktiviti harian.…
Teringin nak makan Portuguese Egg Tart yang mempunyai kulit pastri rangup dan inti kastard lembut…
Pernah tak goreng keropok kering, tetapi bila hendak masukkan ke dalam bekas, semuanya tak muat?…
Kalau selalu buat apam kukus dengan satu warna, kali ini boleh cuba kelainan dengan resipi…
Ayam masak merah boleh menjadi pilihan hidangan tengah hari apabila anda inginkan lauk yang menyelerakan…