Laksa Terengganu merupakan salah satu menu mi berkuah yang popular di sana. Laksa Terengganu ada dua jenis iaitu satu kuah lemak dan juga kuah merah. Kali ini kita akan kongsikan pada anda laksa Terengganu kuah merah. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

LAKSA TERENGGANU KUAH MERAH

Laksa Terengganu merupakan salah satu menu mi berkuah yang popular di sana. Laksa Terengganu ada dua jenis iaitu satu kuah lemak dan juga kuah merah. Kali ini kita akan kongsikan pada anda laksa Terengganu kuah merah. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali di Facebook.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A (KUAH)
  • 1 kilo ikan selayang segar direbus bersama garam dan asam keping dan diambil isinya. Isi ikan dikisar.

BAHAN B (KISAR)
  • 2 ulas bawang besar merah

  • 3 ulas bawang putih

  • 4 hiris lengkuas

  • 4 hiris kunyit

  • 1 inci halia

BAHAN C
  • 2 sudu rempah masak cap bunga Ros

  • 2 sudu rempah gulai cap bunga Ros

  • 5-6 sudu cili kisar

  • Setengah sudu asam jawa

  • Setengah sudu belacan

  • 700 gram santan

  • Minyak untuk menumis

  • 1 keping nisan ( gula Melaka)

  • Garam dan gula secukup rasa

Kredit: Zaky Mat Ali

CARA PENYEDIAAN
  • Satukan bahan kisar bersama rempah dan cili kisar.

  • Tumis hingga naik minyak.

  • Masukkan air asam jawa dan belacan.

  • Masukkan santan, ikan, nisan, garam dan gula.

  • Masak hingga pecah minyak. Siap dan boleh dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN