Bazar Ramadan di Malaysia kembali meriah dengan kehadiran pengunjung bersempena hari pertama Ramadan selepas 2 tahun tidak dibenarkan beroperasi. Antara kedai yang mendapat sambutan luar biasa adalah aneka kuih muih, murtabak dan roti john.
Roti John ini sememangnya antara menu yang wajib dicari setiap kali bulan puasa. Tapi ramai juga yang masih takut untuk bersesak di Bazar Ramadan kerana masih risau akan penularan Covid-19.
Jadi, apa kata jom buat sendiri saja di rumah. Caranya mudah dan rasa sama sedap macam beli. Yang penting tak perlu susah-susah cari roti sama macam digunakan oleh peniaga, guna roti frankfurter saja!
1. Untuk membuat inti roti John, tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan rempah kari, daging cincang dan sosej beserta garam dan lada sulah. Kuantiti bahan agak-agak saja. Kalau rata sehingga masak dan ketepikan.
2. Dalam mangkuk, pecahkan telur dan masukkan juga daun sup atau daun bawang. Kacau.
3. Masukkan bahan inti yang dimasak tadi dalam bancuhan telur. Kacau.
4. Panaskan kuali leper/pan. Belah dua roti jangan sampai putus, sapukan mentega dan terus tekap atas kuali. Biarkan sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
5. Dalam kuali/pen yang sama, cairkan sedikit mentega kemudian tuangkan bancuhan telur bersama inti tadi.
6. Tekap roti ke atas telur.
7. Agak-agak telur dah masak, terbalikkan.
8. Ini hasilnya bila dah siap tekap dengan inti tadi.
9. Letakkan mayonis dan sos cili. Nak letak timun, salad pun boleh.
10. Lipat roti dan potong.
Siap. Selamat mencuba!
Kredit gambar & resipi: Chinta Eyja
Baru-baru ini telah viral tentang keenakan Satay Bhalut yang buat ramai teringin cuba sendiri di…
Pantang ada masa terluang, mesti nak cuba resipi baru yang menarik. Kali ini, kami nak…
Apabila cuaca panas, tekak rasa dahaga dan inginkan sesuatu supaya badan segar. Jika begitu, kami…
Jika anda lahir di Johor dan berketurunan Jawa, pasti suka makan Nasi Ambeng Johor yang…
Pelbagai jenis nasi dibuat menggunakan beras basmathi seperti nasi minyak, nasi beriani dan banyak lagi.…
Sesiapa saja yang suka makan kek pasti menyukai resepi Kek Marble gebu dan lembut. Lebih-lebih…