Korang pernah tak makan kuih beko? Dalam kuih beko ini berisi kelapa, kalau korang makan luarnya rangup dan dalamnya lembut dan berlemak. Sedap dimakan panas-panas kerana inti kelapa itu cair dalam mulut. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nor Azliza Mohamed di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

30 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KUIH BEKO KELAPA

Korang pernah tak makan kuih beko? Dalam kuih beko ini berisi kelapa, kalau korang makan luarnya rangup dan dalamnya lembut dan berlemak. Sedap dimakan panas-panas kerana inti kelapa itu cair dalam mulut. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nor Azliza Mohamed di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 3 cawan kelapa muda parut

  • 2 cawan tepung pulut

  • 1/2 cawan gula

  • 1 biji telur

  • 1 cawan air

  • Secubit garam

  • Sedikit minyak masak ( untuk sapuan pada acuan)

Kredit: Nur Azliza Mohamed

CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan semua bahan kecuali minyak.

  • Kacau sehingga sebati bancuhan tersebut.

  • Tuang air sedikit demi sedikit.

  • Panaskan oven 200°. Oles minyak ke dalam acuan dan sudukan adunan. Bakar dalam 20 hingga 25 minit sehingga sedikit keperangan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.