bebola cheese

Resipi bebola cheese ini merupakan hasil perkongsian oleh Iedaa Jahaya. Nampak macam coklat Ferrero Rocher yang mahal tu, tapi ini versi jimat!

Bahan utamanya cuma biskut marie, coklat masakan dan cream cheese. Cara membuatnya juga sangat mudah. Hanya perlu kisar, gaul dan sejukkan tanpa bakar.

Nak cuba? Lihat cara membuatnya di bawah.

CARA BUAT BEBOLA CHEESE GUNA BISKUT MARIE

Bahan-bahan:

  • 1 paket biskut marie (perisa coklat atau asli)
  • 250g cheese tatura
  • Gula ising (letak jika nak lebih manis)
  • Coklat masakan
  • Badam (panggang sekejap)

Cara-cara:

1. Kisar halus biskut marie.

2. Gaul bersama cheese tatura sehingga rata.

3. Kemudian bulat-bulatkan.

4. Cairkan coklat masakan menggunakan teknik double boil.

5. Golek-golekkan bebola dalam coklat yang sudah dicairkan. Taburkan juga badam panggang.

bebola cheese

6. Sejukkan dan sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!

bebola cheese

Kredit: Iedaaa Jahaya

Baca juga: Resipi Lempeng Kelapa Parut Lemak Manis, Ada Petua Nak Lagi Sedap & Berlemak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN