jenis susu kotak

Setiap kali pergi beli barang dapur, kita akan lihat betapa banyaknya jenis Susu Kotak sampai tak tahu nak pilih mana satu yang sesuai.

Susu Kotak merupakan sumber kalsium yang baik dan mengandungi vitamin A, B12, riboflavin, fosforus dan zat besi. Tapi, tak semua sesuai diminum oleh kebanyakan orang.

Kali ini, kami kongsikan antara jenis Susu Kotak yang sering dijual di kedai. Jom kita pilih yang sesuai buat seisi keluarga di rumah!

Baca juga: Beza ‘Tarikh Luput’, ‘Guna Sebelum’ & ‘Baik Sebelum’ Pada Label Makanan, Baru Yakin Nak Guna!

6 JENIS SUSU KOTAK YANG SERING DIJUAL

1. Dairy free milk atau non dairy milk

jenis susu kotak

Susu Kotak yang diperbuat daripada tumbuhan seperti almond, soya, kelapa, beras dan sebagainya, sesuai untuk orang alergi kepada susu atau laktosa intolerant.

2. Susu rendah lemak

jenis susu kotak

Walaupun Susu Kotak ini dikurangkan sebahagian lemaknya, tapi kandungan gulanya lebih tinggi berbanding susu penuh krim dan susu segar.

Jadi, jenis Susu Kotak ini kurang sesuai untuk mereka yang ada diabetes dan sedang mengurangkan gula.

3. Susu penuh krim

jenis susu kotak

Komposisi lemaknya lebih kurang sama dengan susu segar dan dijual dalam bentuk cecair atau serbuk. Ramai suka beli jenis Susu Kotak ini kerana lebih murah berbanding susu segar.

Ia sesuai diminum untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas, bergantung tahap kesihatan atau tiada apa-apa alergi susu, tapi anda boleh dapatkan nasihat doktor jika khuatir.

4. Susu segar

jenis susu kotak

Susu Kotak ini diperbuat daripada susu mentah yang dipasteur untuk bunuh kuman dan dijual dalam bentuk cecair sedia diminum.

Ia sesuai diambil oleh semua kecuali mereka yang ada alergi susu, laktosa intolerant dan atas arahan doktor.

5. Susu berperisa

Susu Kotak ini ditambah kondisioner, perisa, pewarna dan gula. Kanak-kanak atau orang yang tak suka susu plain boleh tertarik untuk minum susu kerana rasanya sedap.

Anda hanya perlu berhati-hati dengan kandungan gulanya dan pastikan tak melebihi pengambilan gula seharian.

6. Susu dengan malt

Susu Kotak ini dikenali sebagai minuman yang membekalkan tenaga sepanjang hari kerana kebaikan susu, ditambah dengan kebaikan malt yang kaya dengan vitamin, mineral dan asid amino.

Ia sesuai diambil oleh semua kecuali atas nasihat doktor, tapi berhati-hati dengan kandungan gulanya.

Selepas tahu jenis Susu Kotak ini, anda akan tahu mana yang bagus, sesuai dan kena dengan citarasa.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Shutterstock, Freepik

Sumber: NorbayaDahalan

Baca juga: 6 Jenis Susu Tin Yang Dijual Di Kedai, Dah Tahu Pilih Mana Satu Sesuai!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN