Mungkin ramai kaum wanita mengelakkan diri dari memakan beberapa jenis sayur sayuran kerana percaya ia boleh menyebabkan ‘angin’ dan ‘kembang urat’.
Persoalannya, adakah betul sayuran atau buahan tersebut dapat memberi kesan kepada tubuh badan seperti yang didakwa?
Sebenarnya, ia bergantung pada badan seseorang individu itu. Jom kita baca fakta sebenar yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan di bawah.
Baca juga: Makanan Yang Tidak Boleh Dipanaskan Semula, Nombor 7 Paling Ramai Buat!
Saya tak percaya ada makanan pembawa angin. Real food kot, takkan tak elok untuk badan kan. Sebab diri sendiri tak pernah kena, jadi nak percaya itu kurang sikit.
Tapi bila selalu sangat pesakit datang bawa khabar makan itu angin satu badan, makan ini sendawa dari pagi sampai malam, saya mula belajar sesuatu dari cerita yang mereka kongsi.
Rupanya, ada satu persamaan pada semua makanan berangin. Kebanyakannya ada kandungan raffinose.
Raffinose ini gula. Gula yang tak berjaya dihadam di perut, kemudian akan dipindahkan ke usus dan bertindakbalas dengan bakteria di usus.
Bila cantik keseimbangan bakteria di usus, tindakbalas antara raffinose dan bakteria akan berjalan dengan lancar.
Tapi kalau keadaan usus kurang sempurna, tindakbalas jadi kacau bilau, dan waktu inilah akan berlakunya kembung perut, angin dan sebagainya.
Puncanya memang dari raffinose, tapi tengok jugak keadaan perut kita macam mana. Lagi sihat perut, lagi banyak makanan yang boleh dimakan.
Antara makanan yang ada raffinose;
1. Kumpulan sayuran cruciferous
– Brokoli, kubis, kubis bunga, kubis ungu, kale, bak choy.
– Masak sayuran yang ini, untuk kurangkan simptom angin. Elakkan makan mentah jenis sayur cruciferous.
2. Bijirin kekacang
– Kacang hijau, kacang merah, kacang kuda, kacang dhal, semua jenis kacang lah ada raffinose ini, yang beza cuma banyak atau sikit je.
– Rendam dulu kekacang sekurangnya 8 jam, mampu kurangkan kandungan raffinose.
Kalian tengok dalam gambar, contoh sayur dan kekacang yang ada raffinose dan cruciferous:
Bukanlah bermaksud semua makanan ini tak baik. Makanan saya kongsi ini semua real food yang patut kita amalkan.
Cuma bila makan perut jadi berangin, kita betulkan dulu usus. Seimbangkan balik ekosistem bakteria di usus kita. Ambil makanan yang ada kandungan probiotik dan prebiotik. Kurangkan dulu makanan yang macam ini, sampailah usus dah baik balik.
Kalian yang tak ada masalah berangin, teruskan je makan macam biasa. Khasiat dari setiap sayur dan kekacang ini banyak sangat untuk kesihatan kita.
Sumber: Dr Mazliana Mazlan
Baca juga: Jangan Panaskan Nasi Banyak Kali! Ini Sebabnya Yang Anda Kena Tahu
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…