Categories: Resipi

Bubur Pulut Hitam Resipi Mudah, Nikmat Rasa Manis Berlemak

Bubur Pulut Hitam adalah hidangan tradisional dari Asia Tenggara, terutamanya popular di Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei. 

Pulut hitam selepas dimasak menjadi bubur mempunyai tekstur yang lembut dan kenyal. Ini memberikan pengalaman makan yang selesa.

Baca juga: Bubur Gandum Paling SIMPLE, Sedap Dimakan Begitu Atau Bersama Roti

Aroma wangi santan yang digunakan dalam bubur memberikan keenakan tambahan apabila dihidangkan dan dinikmati. Warna gelap pulut hitam memberikan penampilan bubur yang unik dan menarik.

Ia sering dihidangkan sebagai pencuci mulut atau makanan ringan. Selain rasanya yang berlemak manis, bubur ini juga mempunyai khasiat kerana mengandungi beras melekit hitam yang kaya dengan serat dan khasiat. 

Ikuti resipi perkongsian Nor Hafizah Ismail.


RESIPI BUBUR PULUT HITAM

Bahan-bahan:

  • 1 cawan beras pulut hitam (rendam 5-6jam dan toskan)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan santan cair (1/2 biji kelapa)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
  • Sedikit garam

Cara-cara penyediaan: 

1. Rebus pulut hitam dengan air sehingga pulut kembang dan pekat.

2. Masukkan gula pasir, santan cair, daun pandan dan garam.

3. Masakkan lagi dan kacau sekali-sekala supaya tak pecah minyak, masak hingga mendidih. Tutup api.

4.Panaskan santan pekat dengan sedikit garam di dalam periuk lain sehingga mendidih sambil sentiasa mengacaunya.

5. Senduk pulut hitam yang sudah dimasak tadi di dalam mangkuk. Letakkan sedikit kuah santan yang sudah dimasak tadi.

6. Sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba.

Sumber: Nor Hafizah Ismail

Baca juga: Bubur Kacang Hijau Orang Kahwin, Campur Dengan Durian Lagi Bertambah Nikmatnya!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

3 hours ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

3 hours ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

3 hours ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

3 hours ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

5 hours ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

6 hours ago