Umum mengetahui makan sayur dapat bantu kita kekal sihat. Tetapi jenis sayur manakah yang paling tinggi khasiatnya?
Tubuh badan manusia amat memerlukan nutrien-nutrien penting seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral, serat dan air untuk terus kekal sihat.
Tapi macam mana nak dapatkan nutrien-nutrien tersebut? Sebenarnya, kebanyakkan nutrien di atas wujud di dalam sayur-sayuran. Jadi, setiap orang digalakkan untuk mula makan sayur sejak dari kecil lagi.
Baca juga: Tips Memasak Sayur-Sayuran Dengan Betul Supaya Tidak Hilang Khasiatnya!
Menurut pakar, sekurang-kurangnya separuh daripada pinggan hidangan perlu diisi dengan manfaat dan khasiat sayur-sayuran. Persoalannya, sayur apa yang terbaik untuk dimakan?
MyResipi ingin kongsikan kepada anda 7 jenis sayur paling berkhasiat yang terbaik untuk dimakan.
CENDAWAN
Cendawan adalah pembekal utama vitamin B seperti thiamine, niacin dan riboflavin yang berguna untuk ibu dan bayi.
Jenis sayur ini membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak, melegakan keletihan dan meningkatkan tenaga. Manakala, Riboflavin membantu mengekalkan kesihatan kulit, meningkatkan penglihatan dan mengembangkan tulang, otot dan saraf yang kuat.
Antara cendawan yang menjadi kegemaran setiap lapisan umur adalah cendawan Shiitake dan Enoki.
BAYAM
Mempunyai pelbagai jenis vitamin seperti A,B, dan K. Dipercayai satu mangkuk sayur ini dengan berat 30g mampu untuk memenuhi lebih separuh keperluan vitamin di atas.
Bayam juga dikatakan sangat bagus untuk ibu hamil kerana kandungan folat tinggi yang mampu menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin.
BROKOLI
Sayur hijau ini kaya dengan pelbagai nutrien dalam bentuk Vitamin A,C dan Folat. Pemakanan brokoli amat bagus untuk kesihatan mata, kulit, tulang dan sistem saraf.
Tekstur dan rasa yang menarik yang dimiliki oleh Brokoli mencuri perhatian golongan anak kecil. Oleh itu, ibu bapa boleh jadikan memberikan Brokoli sebagai sayur pertama anak anda.
KAILAN
Kailan dikatakan sebagai sayur yang paling sihat di dunia. Ini kerana sayur ini bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral bahkan juga sifat antioksidan berupa lutein dan betakorentan yang mampu melindungi sel dari radikal bebas.
Oleh itu, tubuh badan individu mungkin akan kurang risiko untuk mengalami masalah keradangan sekaligus menurunkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, barah dan lain-lain.
KUBIS
Sayur jenis ini sangat sinonim dengan semua lapisan umur. Walaupun mempunyai rasa yang pahit disebabkan mempunyai zat glukosionlat, kubis mampu membantu mencegah kanser. Tambahan pula, sayuran ini mempunyai tinggi dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral.
Berdasarkan kajian, kubis yang telah difermentasikan seperti hidangan kimchi mampu menguatkan sistem imun, penghadaman serta pencernaan. Dalam erti kata lebih mudah, ia bagus untuk tubuh badan khususnya perut.
JAGUNG
Jagung merupakan sejenis bijirin yang tidak asing lagi di negara kita malah ia turut dijadikan sebagai makanan ruji bagi sesetengah negara lain. Di Malaysia, jagung sering digunakan di dalam industri pembuatan makanan seperti penghasilan bijirin, minuman, snek ringan dan pelbagai lagi.
Jagung dipercayai mampu membekalkan sumber tenaga yang sangat banyak untuk tubuh badan. Ini adalah disebabkan kandungan karbohidrat dan protein yang amat tinggi. Antara lain manfaat sayur ini adalah ia mampu menguatkan tulang, membina otot, menambah antibodi dan lain-lain.
PAK CHOI / SAWI PUTIH
Sayur pak choi atau lebih popular dengan nama sawi putih di dalam kalangan orang kita ini kaya dengan vitamin K, zat besi, kalsium dan fosforus yang kesemuanya bagus untuk tulang yang sihat.
Dalam pada itu, ia juga kaya dengan mineral selenium jika mahu dibandingkan dengan sayur lain. Selenium mampu meningkatkan daya tahan tubuh badan dan mengurangkan risiko kanser.
Sumber: My Food Data