Rendang memang sangat sinonim dengan sambutan Hari Raya. Pelbagai jenis rendang yang tak akan dilupakan dan sentiasa menjadi bayangan.
Tak kiralah sama ada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha, rendang pasti akan menjadi antara menu utama selain dari ketupat dan nasi impit.
Baca juga: Jenis Anyaman Ketupat Yang Boleh Belajar Untuk Raya Ini, Jom Cuba!
Rendang bukan sahaja menjadi sajian untuk sambutan perayaan malahan rendang juga kebiasaannya akan dihidangkan di majlis-majlis keramaian, kenduri kahwin dan sebagai hidangan makan tengahari.
Tapi tahukah anda, sajian ini ada pelbagai jenis dan biasanya ia dimasak dengan cara masing-masing dan mengikut negeri yang berkenaan. Jom kita tengok antara sembilan jenis rendang yang popular bagi setiap negeri.
Rendang Tok yang dikatakan berasal dari Kampung Pisang, Batu Gajah, Perak bukan sahaja digemari dan dikenali di sana, malahan ia juga amat digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana rasanya yang sangat sedap.
Nama rendang tok diambil bersempena dengan orang dulu-dulu yang memasak rendang ini dan digelar dengan nama panggilan ‘Tok’ dan juga bagi memperingati jasa orang-orang lama dan mereka sangat arif memasak rendang tok dengan cara tradisional dan menggunakan dapur kayu.
Rendang Tok asalnya ialah dengan menggunakan daging kerbau yang lebih berurat dan manis. Tapi ia juga boleh divariasikan dengan menggunakan daging lembu malahan daging lembu juga lebih senang dicari. Rendang Tok adalah menu wajib bagi orang Perak. Setiap perayaan, rendang toklah yang akan menjadi menu utama hidangan.
Rendang cili padi ini berasal dari Negeri Sembilan, negeri yang sememangnya sudah popular dengan makanan pedas. Bahan-bahan utamanya hampir sama seperti rendang, namun ianya menggunakan cili padi berbanding cili kering.
Semestinya rasa rendang ini pedas dan secukup rasa. Ianya boleh dinikmati dengan lemang dan ketupat yang pasti menggamit selera.
Bagi masyarakat Sarawak, rendang daging hitam adalah antara menu wajib setiap kali sambutan perayaan, kenduri dan majlis keraian. Rendang ini sesuai dimakan bersama nasi kuning, nasi putih, lemang dan kelupis.
Rendang daging hitam sentiasa meniti di bibir penggemar dan resipi rendang daging hitam kini amat popular bukan sahaja di Sarawak malahan diseluruh negara. Rendang ini dimasak tanpa menggunakan santan dan rasanya sangat sedap!
Satu lagi rendang negeri Pantai Timur yang patut anda kenali ialah Opor, sejenis rendang yang sangat terkenal di Pahang. Opor ini bukan sahaja dinikmati semasa Hari Raya, malah ia juga sesuai dijadikan juadah harian dan disajikan di kenduri-kendara.
Kelazatan hidangan ini terletak kepada tempoh memasaknya yang lama dan juga rempah ratus yang digunakan. Antara bahan utama Opor ialah belacan, air asam jawa, rempah Opor, serai, halia, kerisik, santan, lengkuas, gula nise dan cili kering.
Bagi yang tidak tahu, maman merupakan sejenis sayuran yang kaya dengan khasiat dan sedikit pahit rasanya. Maman ini juga sesuai dibuat rendang. Bahan-bahannya juga cukup ringkas dan cara penyediaannya juga mudah.
Antara bahan asasnya ialah santan, asam keping, kunyit hidup, cili api dan perasa seperti garam.
Menu ini adalah warisan turun temurun dan salah satu hidangan tradisi masyarakat Bugis dan dari nenek moyang bagi penduduk di Sabah.
Rendang ini sentiasa menjadi hidangan yang popular dan enak dimakan bersama nasi, pulut, lemang, ketupat nasi, buras malah roti. Rendang ini juga sesuai disajikan pada majlis-majlis kenduri, perkahwinan, doa selamat, perayaan dan sebagainya.
Terdapat 2 jenis rendang ayam lengkuas iaitu versi basah dan kering. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk makan yang basah atau yang kering. Rendang ini juga biasanya dimasak dengan menggunakan ayam kampung. Tapi boleh juga gunakan ayam pencen atau ayam daging biasa. Rendang ini banyak menggunakan lengkuas dan tidak pedas.
Perbezaan utama rendang ini dengan rendang negeri lain terletak kepada cara penyediaannya. Untuk menyediakannya, anda perlu mengetuk setiap potongan daging dan mencampurkannya dengan bahan-bahan lain.
Rendang Dendeng ini sesuai dinikmati bersama nasi putih, ketupat dan nasi impit. Ianya juga sering dihidangkan semasa sambutan hari raya.
Rendang Johor ni lain sikit dari negeri lain kerana ia biasanya menggunakan hati lembu yang dimasak dengan menggunakan kicap dan hati lembu juga tidak perlu dimasak terlalu lama kerana ia akan menjadi keras.
Hati lembu yang dipilih juga mestilah masih kemerahan bagi mengelakkan bau yang kurang enak. Namun, bagi yang kurang menggemari hati lembu, ia boleh juga digantikan dengan daging atau ayam.
Rendang hati adalah resipi turun temurun bagi masyarakat Johor. Setiap kali perayaan, rumah terbuka atau majlis keramaian, rendang hati kerap menjadi hidangan utama. Rendang hati sesuai dimakan dengan nasi, ketupat, lemang dan juga nasi impit.
Teringin untuk mencuba rendang versi negeri Pantai Timur? Anda wajib cuba Rendang Ayam Kelantan ini. Sama seperti kebanyakan rendang di negeri-negeri lain, rendang ini juga tidak menggunakan kerisik.
Antara bahan utama hidangan ini yang membezakannya dengan rendang negeri lain ialah asam gelugor. Tekstur rendang ini berkuah, jadi ianya sesuai dinikmati bersama pulut kuning, lemang dan ketupat.
Terdapat lebih banyak lagi variasi rendang dan mengikut rekod, ada lebih 200 jenis rendang jika dicampurkan bersama Indonesia, Brunei dan Singapura.
Memang rambang mata kalau belajar masakan rendang dan resipinya ini. Tidak mengapa, cuba sahaja satu-persatu, kerana setiap jenis yang disenaraikan ini mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri.
Selamat mencuba!
Baca juga: 5 Jenis Lemang Yang Popular & Unik, Kalau Pernah Cuba Semua Memang Foodie Lah!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…