Mari kita kenali jenis pisau dapur yang selalu digunakan. Barulah anda nampak professional dalam memasak walaupun hanya memasak untuk seisi keluarga.
Memilih pisau dapur yang betul adalah penting kerana ia memberi impak besar kepada pengalaman memasak dan hasil akhir hidangan anda.
Baca juga: 16 Jenis Potongan Bawang Ikut Hidangan, Lulus Ini ‘Confirm’ Mertua Suka!
Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda perlu menggunakan pisau dapur yang betul.
1. Pisau Chef
Pisau pelbagai guna ini sangat bagus untuk pelbagai fungsi memasak seperti menghiris, mememotong dan mencincang daging.
Pastikan anda berlatih memotong dahulu beberapa jenis pisau jenis ini. Pisau chef ini harus selesa untuk dipegang untuk jangka masa yang lama dan mempunyai berat yang sesuai untuk cengkaman anda supaya selesa untuk memotong dengan banyak.
Saiz pisau: 6 ke 12 inci
2. Pisau Sayur
Kegunaan pisau sama seperti namanya iaitu memotong, mencincang dan menghiris buah dan sayur.
Ia agak sesuai untuk kerja yang lebih halus yang memerlukan kelajuan dan sentuhan ringan. Memang menjimatkan masa anda semasa buat penyediaan sebelum memasak.
Cuba amalkan pergerakan berirama dan elakkan terlalu banyak tekanan pada pisau kerana anda mungkin cedera jika bergerak terlalu cepat.
Saiz pisau: 2.5 ke 4 inci
3. Pisau Utiliti
Tersalah memilih pisau mana yang hendak digunakan untuk bahan yang berbeza?
Pisau utiliti ini serba boleh dan lebih kecil daripada pisau chef tetapi lebih besar daripada pisau sayur untuk membolehkan anda memotong pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia juga sesuai untuk memotong sandwich.
Saiz pisau: 4 ke 7 inci
4. Pisau Roti
Kebanyakan pisau roti mempunyai bilah bergerigi untuk memotong kerak roti tebal dan juga menghiris roti lembut tanpa merosakkan bentuknya.
Pisau roti biasanya sukar untuk diasah. Ini bermakna anda mungkin perlu menggantikan bilah anda setiap beberapa tahun.
Saiz pisau: 6 – 10 inci
5. Pisau Daging
Pisau ini direka untuk menghiris kepingan nipis daging masak. Ia mempunyai bilah panjang untuk memotong pelbagai jenis ayam, ham dan daging panggang dengan bersih. Ini adalah pisau yang wajib ada setiap kali musim perayaan.
Saiz pisau: 8 hingga 15 inci
6. Pisau Boning
Pisau boning ini mirip dengan bentuk kepala ikan jerung dengan bilah pisau yang pipih dan hujung pisau yang sangat tajam.
Struktur pisau ini direka untuk membuang kulit dan tulang. Kebanyakan penjual pasar basah banyak menggunakan pisau ini untuk memotong ayam dan daging.
Perhatikan perbezaan dua jenis pisau penyisih – yang lebih fleksibel adalah untuk menyiang ikan manakala yang lebih keras sesuai untuk daging.
Saiz pisau: 5 ke 6 inci
7. Besi Pengasah
Walaupun ini bukan pisau, namun besi ini digunakan untuk menajamkan pisau yang menjadi tumpul dari kerja-kerja seharian.
Memastikan pisau sentiasa dalam keadaan terbaik bukan sahaja penting untuk penyediaan makanan tetapi ia membantu mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku di dapur.
Tapi, besi pengasah ini masih tidak boleh lawan dengan batu pengasah ‘lejen’ yang mak-mak kita selalu pakai seperti di bawah ini.
Oleh itu, memilih pisau dapur yang betul, penjagaan yang betul, dan penggunaan yang teliti adalah aspek penting dalam memasak yang selamat dan berkesan.
Pisau berkualiti tinggi juga boleh menjadi tambahan yang baik untuk dapur anda.
Semoga info-info tentang pisau ini bermanfaat untuk semua.
Sumber: Escoffier School of Culinary Arts
Baca juga: Cara Potong Ayam Step By Step, Barulah Jadi Menantu Pilihan!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…