Categories: Infomasi

11 Jenis Pisang Yang Ada Di Malaysia, No. 7 Paling Sedap Untuk Digoreng!

Pisang merupakan satu buahan yang sememangnya tidak asing lagi dan mudah didapati. Tahukah anda, terdapat lebih 1,000 jenis pisang yang ditanam di seluruh dunia!

Setiap jenis pisang mempunyai bentuk, warna dan rasa yang berbeza. Bukan itu sahaja, pelbagai resipi berasaskan pisang juga boleh dibuat untuk hidangan harian.

Jom MyResipi kongsikan 11 jenis pisang yang sering kita jumpai di pasar raya, pasar tani mahupun di kedai tepi jalan.

Baca juga: Top 5 Jenis Durian Yang Popular Di Malaysia, Nombor 3 Paling Ramai Peminat!

JENIS JENIS PISANG YANG ADA DI MALAYSIA

1. Pisang Emas

Pisang emas mempunyai bentuk yang kecil. Disebabkan rasanya yang sedap, ia sering dijadikan snek. Nama ’emas’ pula diberi kerana ia memiliki warna kuning keemasan setelah masak.

Namun begitu, pisang ini akan cepat bertukar lebam selama beberapa hari sahaja. Jadi, kena pastikan ia diguna secepat mungkin.

Pisang yang sudah masak boleh dijadikan pengat pisang dan cekodok. Selain itu, pisang emas yang masih muda boleh digunakan untuk memasak gulai dan masak lemak. 

2. Pisang Toman

Pisang toman mempunyai ukuran purata 20cm panjang. Ia lebih besar berbanding pisang berangan.

Isi pisang toman juga lebih gebu setelah digoreng, namun mempunyai sedikit rasa masam. Ia lebih sedap jika dijadikan kerepek.

3. Pisang Awak

Pisang awak pula sedap jika digoreng dan dicicah bersama sambal kicap. Selain itu, ia juga enak dijadikan lepat pisang, nagasari, pengat, pisang salai dan kerepek pisang.

Di samping itu, pisang jenis ini juga sedap jika direbus dan dimakan dengan kelapa muda yang diparut. Buah pisang awak yang sudah ranum pula sangat sesuai dibuat cekodok atau lempeng pisang.

4. Pisang Berangan

Buah pisang berangan sering menjadi pilihan ramai kerana mempunyai saiz yang sangat sesuai untuk dijadikan makanan pencuci mulut yang biasanya dihidangkan di majlis-majlis keramaian dan jamuan.

Ia juga sesuai digunakan untuk membuat roti canai pisang. Selain itu, pisang berangan juga enak dijadikan pisang goreng kerana ia tidak benyek atau lembik.

5. Pisang Pisang Kelat Keling

Pisang kelat keling atau turut dipanggil pisang rastali adalah sejenis pisang yang isinya berwarna putih. Nama saintifiknya pula adalah Musa acuminata x balbisiana Colla cv.’Bluggoe.

Rasanya kelat semasa muda dan akan bertukar menjadi lemak manis dan hitam apabila sudah masak.

Menurut sesetengah pendapat, sebenarnya pisang ini terdapat 3 jenis iaitu pisang kelat keling, pisang kelat air dan pisang kelat lega. Pisang jenis ini sangat sedap jika dibuat goreng pisang atau disira.

6. Pisang Susu

Pasti ramai yang jarang terdengar nama pisang susu ini, bukan? Ianya merupakan pisang yang rasanya lemak-lemak manis dan kelihatan sama seperti pisang emas.

7. Pisang Raja

Pisang raja merupakan antara spesis pisang yang menjadi rebutan di pasaran Malaysia kerana ianya agak susah untuk didapati.

Saiz pisang raja ini agak besar berbanding pisang yang lain. Pisang raja ini boleh dimakan begitu sahaja atau digoreng kerana ianya memang segar. Jadi, pisang raja juga selalu dijadikan bahan masakan.

Antara masakan yang menggunakan pisang raja ialah kek, kerepek, pengat, lempeng dan kuih. Ianya juga merupakan pisang terbaik untuk membuat goreng pisang.

8. Pisang Raja Udang

Rupa pisang raja udang ini pasti menarik perhatian anda, bukan? Kebanyakan pisang berwarna kuning, namun berlainan pula dengan pisang jenis ini.

Disebabkan keunikannya, pisang raja udang ini boleh dikatakan jenis pisang yang eksklusif di pasaran. Ianya berwarna merah atau ungu semasa masih muda dan rasanya sangat manis dan sedikit masam.

Ada sesetengah orang gemar membuat cekodok pisang menggunakan pisang jenis ini kerana rasanya memang manis, sangat sesuai dinikmati semasa minum petang!

9. Pisang Nangka

Pisang nangka ini juga merupakan antara pisang yang kerap digunakan dan ditanam di negara kita. Kelihatan sama seperti pisang yang lain, namun ianya ada keunikan yang tersendiri.

Pisang nangka ini warnanya tetap hijau walaupun sudah matang. Jika pisang nangka bertukar kekuningan, ini bermaksud yang pisang itu sudah lembik isinya. Rasa pisang ini sedikit masam dan manis.

Bagi masyarakat Jawa, mereka menggunakan pisang nangka untuk membuat getuk pisang, sejenis kuih tradisional Jawa yang sesuai dinikmati semasa sarapan dan minum petang.

10. Pisang Embun

Satu lagi pisang yang enak dimakan walaupun semasa mentah ialah pisang embun yang turut dikenali dengan nama pisang bunga.

Pisang embun ini bersaiz besar dan tidak terlalu manis, namun tetap sedap. Sama seperti pisang emas, pisang ini mudah lembik. Jadi, anda perlu menikmatinya sebelum ianya terlalu masak.

Pisang ini asalnya berwarna hijau dan warnanya akan bertukar menjadi kuning atau merah setekah ianya dimasak. Di Filipina, pisang ini sangat popular dan ianya dikenali dengan nama Ambon. Menarik bunyinya!

11. Pisang Nipah

Pisang jenis ini selalunya akan dibuat kerepek. Jantungnya pula sangat sesuai dijadikan sebagai ulam atau sayuran, rasanya juga tidak pahit atau pun kelat.

Ia juga dikenali sebagai pisang Abu, mempunyai bentuk segi empat dan biasanya tidak dimakan begitu sahaja. Nama saintifiknya adalah Musa acuminata balbisiana cultivars (BBBc).

Sumber: MOTHERHOOD

Baca juga: 7 Tips Pilih Cempedak Yang Manis & Isi Meriah, Baru Tak ‘Frust’ Beli Mahal-Mahal

Nasiha

Recent Posts

Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…

14 hours ago

Cucur Badak Frozen Lembut Dan Gebu, Nak Buat Inti Sedap Guna Resipi Ini

Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…

14 hours ago

Piala Emas Untuk Nasi Ulam Bunga Telang, Tukang Masak Malaysia Harumkan Nama Negara di Jepun

Baru-baru ini, Malaysia mendapat khabar gembira tentang kemenangan seorang tukang masak iaitu Chef Safura Tawil…

16 hours ago

Resepi Perap Ayam Bakar Pelbagai Guna, Boleh Buat Banyak Jenis Hidangan

Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…

17 hours ago

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago