PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2019-03-22 03:56:25
Mesti ramai antara kita rasa semua cili kering sama je. Padahal cili kering ada beberapa jenis dan nama yang tersendiri. Jadi hari ini kami nak kongsikan jenis-jenis cili kering dan sesuai untuk masakan jenis apa.
1. CILI KERING BERKILAT
Senang je nak tahu sifat cili kering jenis berkilat ni. Dia lurus, berkilat, banyak biji, berwarna merah
menyala dan tak bertangkai. Cili kering jenis ini sangat pedas dan senang untuk dapat di mana-mana sebab harganya agak murah. Cili kering jenis berkilat tak sesuai untuk masakan panas.
2. CILI KERING BERKERINTING
Cili kering ini berkedut dan kecut, bertangkai, banyak biji dan warnanya merah gelap. Cili kering ini sering kita guna. Ia senang untuk didapati kerana murah. Cili ini kurang pedas berbanding dengan cili kering berkilat memang sesuai untuk semua jenis masakan.
3. CILI KERING GEMUK
Cili kering jenis ini pula sifatnya gemuk, kurang biji dan berwarna merah-merah kehitaman. Cili jenis ini sedikit mahal dan sesuai untuk masak sambal nasi lemak. Cili ini biasanya kita akan jumpa di bahagian Pantai Timur.
4. CILI KERING PAPRIKA
Yang terakhir, cili kering paprika. Ianya lurus, banyak biji, bertangkai, berkilat dan berwarna
merah menyala. Kebiasaannya kita akan jumpa cili ini dalam bentuk serbuk dan amat sesuai
digunakan untuk masak kari dan tomyam.
Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…
Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…
Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…
Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…
Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…
Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…