Categories: Infomasi

10 Jenis Durian Di Malaysia Yang Popular, No. 5 Tu Ramai Yang Suka!

Sudah tibanya musim Durian sebagai Raja Buah yang pastinya heboh diperkatakan di seluruh Malaysia. Tapi, penggemar Durian sudah tahukah jenis Durian di Malaysia yang popular?

Terdapat pelbagai jenis Durian di Malaysia dengan rasa dan bentuk berbeza, namun keenakannya tak disangkal lagi. Jom kita tengok jenis durian yang ada!

Baca juga: Puding Roti Durian, Bila Makan Masih Terasa Isi Durian Yang Asli

10 JENIS DURIAN DI MALAYSIA YANG POPULAR

1. Kampung

Kebanyakan Durian Kampung dijumpai di sekitar Melaka dan Perak. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan rupa serta rasa yang tidak konsisten, namun paling murah dan mudah dijumpai.

2. D7

Berasal dari Kajang, Selangor, Durian D7 bersaiz sederhana besar dan berbentuk lonjong. Selain itu, kulitnya berwarna kuning dan isinya sangat berlemak.

3. D96

Durian D96 berasal dari Serdang, Selangor juga bersaiz sederhana besar tapi berwarna gangsa, malah isinya tebal dan rasa lemak manis.

4. D168/IOI

Durian D168 atau IOI banyak dijumpai di sekitar Muar, Johor. Ia bersaiz sederhana besar, bulat dan kulitnya berwarna hijau perang. Isinya berwarna oren, namun rasanya lemak manis dan sedikit pahit.

5. D197 – Musang King

Siapa tak kenal dengan Durian D197 atau lebih popular dipanggil Musang King yang disukai ramai? Berasal dari Tanah Merah Kelantan, isinya berwarna kuning dan rasanya manis, sedikit pahit dan berlemak.

Saiznya sederhana besar, bulat dan kulit berwarna hijau perang. Lebih menarik lagi, terdapat garisan bintang 5 ketara di bawah hujung pangsa.

6. D2 – Dato’ Nina

Durian D2 juga dikenali sebagai Dato’ Nina yang berasal dari Ayer Molek, Melaka. Ia bersaiz sederhana besar dan kulitnya berwarna gangsa dengan isi tebal berwarna kuning keemasan.

7. D24 – Sultan

Durian D24 berasal dari Bukit Merah, Perak, atau ramai rakyat Malaysia menggelarnya Sultan disebabkan isinya tebal berwarna kuning dengan rasa manis berlemak dan sedikit pahit.

8. D160 – Tekka

Seterusnya, Durian D160 atau dikenali sebagai Tekka berasal dari Banting, Selangor. Buah ini bersaiz besar dan bujur panjang, ada ruang di tengah-tengah pangsa dan isinya berwarna oren dengan rasa sedikit pahit dan berlemak.

9. D198 – Golden Pheonix

Lihat warna isi yang kuning pucat, terus tahu itulah Durian D198 atau ramai memanggilnya Golden Phoenix. Berasal dari Batu Pahat, Johor, saiznya sederhana besar, bujur dan pangsa nipis dengan rasa isi yang manis, sedikit pahit dan berlemak.

10. D175 – Udang Merah

Akhir sekali ialah Durian D175 atau Udang Merah yang juga merupakan antara yang diminati ramai. Buah sederhana besar dan bujur ini memiliki isi tebal, lembut, lemak berkrim dan manis.

Semoga bermanfaat!

Sumber: GERAI HANG Durian

Baca juga: Kenal Pasti Durian Musang King ‘Ori’, Ini 4 TIP Kena Ambil Tahu

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago