Resipi jejari roti rangup ini sangat cepat disediakan. Sesuai dijadikan menu untuk minum petang bersama secawan teh panas.
Cara membuatnya juga cukup mudah. Anda hanya perlu potong roti menjadi jejari. Kemudian, celup dalam bancuhan tepung.
Selepas itu, disalut pula dengan bancuhan tepung kering sebelum digoreng dalam minyak panas. Hasilnya, jejari roti menjadi sangat rangup!
Bila sudah siap digoreng, boleh terus dimakan dan dicicah dengan sos cili. Gabungan yang sangat perfect!
Menu ini memang jimat masa dan mudah nak buat. Anda akan berpuas hati dengan hasilnya. Boleh cuba bila-bila masak, pasti tak akan menyesal!
Baca juga: Resipi Roti Bakar Kaya Butter Ala Kopitiam, Hanya Guna 3 Bahan Tapi Rasa Mewah!
CARA BUAT JEJARI ROTI
Bahan-bahan:
- Roti (boleh menggunakan roti biasa atau roti tawar)
- Tepung goreng Bestari
- Tepung jagung
- Air
- Minyak untuk menggoreng
- Sos thai
Cara-cara:
1. Potong roti menjadi jejari menggunakan gunting atau pisau.
2. Dalam mangkuk, bancuh tepung goreng Bestari dengan satu sudu tepung jagung bersama-sama air.
3. Satu lagi mangkuk tepung goreng Bestari dan satu sudu tepung jagung, ratakan tanpa perlu bancuh.
4. Celupkan jejari roti dalam bancuhan tepung tersebut, kemudian gaulkan pada tepung kering.
5. Goreng dalam minyak panas sederhana hingga keperangan.
6. Setelah siap, hidangkan dengan dicelup sos Thai.
7. Makan panas-panas, memang sedap!
Kredit resipi dan gambar: Har Ryea
Baca juga: Tip Buat Roti Sosej Rangup & Tak Serap Minyak, Resipi Mudah Guna 4 Bahan Je!