Categories: Informasi

Jangan Tertipu Kedai No Pork, Chef Ini Dedah Sisi GELAP Dunia Masakan

Suka makan di luar? Jangan tertipu kedai No Pork dan tiada sijil pengesahan Halal dari JAKIM. Asalkan nampak halal dan banyak pelanggan Islam, restoran itu pastinya menjadi pilihan untuk mengisi perut yang lapar.

Beberapa hari lalu tular di media sosial berhubung sebuah restoran nasi ayam claypot popular di Sri Petaling didakwa menggunakan ‘rice wine’ dalam masakannya.

Baca juga: Lelaki Ini Jelaskan Apa Maksud ‘Halal’ Yang Sebenar, Disebalik Isu Makanan Luar Negara

Pemilik restoran Abang Ameen Cuisine & Grill, Abang Ameen tampil berkongsi intipati sebenar kerjayanya sebagai chef apabila tidak semua gerai makan jujur ​​ketika memasak.

Ini kerana beliau sendiri terlibat secara langsung dalam dunia itu.

Ameen mendedahkan kepada khalayak maya realiti sebenar dunia masakan. Jelasnya, banyak perkara ‘tersembunyi’ yang tidak diketahui oleh rakyat biasa terutama yang melibatkan unsur syubhah atau status halalnya diragui.

Susulan perkongsian di laman Facebook peribadinya, apa yang ingin dikongsikan bukan bertujuan membuka dada atau menyinggung perasaan sesiapa, sebaliknya sekadar berkongsi pengalaman.


JANGAN TERTIPU KEDAI NO PORK, INI PENDEDAHAN DARI CHEF

Di sebalik makanan tersimpan seribu kelicik kan. Berwaspada lah saudara semua apa yang hendak kita makan.

Hi Salam semua, sebenarnya saya tak tahu macam mana saya nak mulakan cerita ini. Isi nya ada tapi permulaan nya sangat sukar untuk saya buka mukadimahnya.

Seandainya semua orang tahu apa yang telah kami (semua chef) ketahui nescaya kamu semua akan sangat takut untuk makan sebarangan. Kesangsian kami terhadap makanan sangat lah tinggi. Kerana kami kebanyakannya tahu akan kelicikkan itu.

Saya telah melalui pelbagai fasa dalam mengharungi dunia masakan ini. Pendek kata, saya telah memasak pelbagai hidangan. Baik yang halal mahupun yang haram. Bukan hanya sekadar babi, tetapi ia lebih dari itu. Termasuk lah anjing yang harus dibakar kulitnya untuk mendapat kan isinya.

Ular sawa dan katak itu adalah hidangan biasa. Segala-galanya telah saya lalui demi secebis ilmu. Apatah lagi masakan yang menggunakan Wine, Samsu, Sake ,Vodka dan Tequila. Ia adalah permainan untuk meningkatkan aroma dan rasa ketagihan.

Lemak-lemak protein haiwan juga digunakan sebagai base (ibu) kepada masakan. White stock dan roux yang di hasilkan menjadi Veloute. Lalu, ia di gunakan dalam semua masakan untuk rasa yang sangat umami. Veloute yang paling sedap adalah terhasil dari tulang sumsum seekor babi.

Darah dan lemak juga sering digunakan untuk menghasilkan stock. Ia dimasak hingga sebati dengan ramuan yang mana, bila kita hirup rasa feel nya tidak dapat di gambarkan dengan perkataan.

Maka jadilah kita seperti Raja Bersiong yang hidup dalam ketagihan. Jadi, ingin saya berpesan disini, berhati-hati lah kalian semua jika ingin menikmati hidangan di luar.

Terutama sekali Nasi Ayam, Mee Kari, Sup dan segala makanan jenis berkuah. Carilah yang halal bukan yang shubhah. Jangan mudah percaya dengan papan tanda “NO PORK , NO LARD” kerana di sebalik perkataan itu tersembunyi tipu daya yang dahsyat. Hanya kami yang mengetahui.

Mohon maaf ampun seribu ampun jika penulisan ini menyinggung sesetengah pihak. Bukan juga untuk saya membuka pekung di dada. Tetapi sekadar berkongsi pengalaman. Inilah realiti yang harus kami tempoh sebagai seorang Chef demi secebis ilmu.

Mohon maaf sekali lagi pada semua. Salam ukhwah dan kasih sayang. Semoga Allah mengampuni dosa saya yang lalu dan kalian semua.

Pada semua Chef Muslim, Memasaklah dengan penuh beretika dan tanggung jawab. Kita semua akan di pertanggunganjawabkan atas segala galanya.

Hanya kepada Allah kita berserah. Wallahhualam.

Nota kaki: Ini adalah gambar-gambar lama, bukan gambar terkini. Ada banyak lagi yang tidak manis untuk saya upload di sini.


Jadi, marilah sama-sama kita cuba mencari sumber makanan yang dijamin status halalnya. 

Sumber: Facebook Abang Ameen

Baca juga: Semak Logo Halal Dari Seluruh Dunia Yang JAKIM Iktiraf, Wajib Tahu Tau! 

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Rupanya Buat Puding Jagung Tak Susah, Campur Semua Bahan & Masak Sampai Pekat!

Kalau ada jagung tin tersimpan dalam kabinet dan sudah lama tidak terusik, boleh cuba buat…

1 min ago

Bosan Sup Ayam Biasa? Cuba Tom Som Gai, Kuah Masam Pedas Ini Memang Buka Selera!

Bosan dengan sup ayam yang dimasak cara sama? Apa kata cuba tom som gai, sup…

43 mins ago

Roti Mudah Untuk Orang Malas, Tak Perlu Uli Lama, 30 Minit Dah Boleh Bakar

Nak cuba buat roti homemade tetapi tak mahu menguli lama-lama? Resipi roti mudah ini memang…

2 hours ago

Resipi Lempeng Dada, Nak Versi Masin Boleh, Nak Tukar Jadi Manis Pun Boleh

Resepi lempeng dada ini antara pilihan yang sesuai untuk sarapan atau hidangan ringan apabila mahukan…

2 hours ago

Tak Buat Diet Ketat, Lelaki Ini Turun Hampir 30kg Dengan Ganti Nasi Kepada Kentang!

Seorang lelaki berusia 43 tahun dari Guangdong, China, dikenali sebagai Chen selepas berjaya turun berat…

16 hours ago

Lauk Balik Kerja Paling Senang, Ayam Cendawan Enoki Ini Memang Mengenyangkan

Selepas seharian bekerja, lauk yang tidak terlalu rumit tetapi tetap menyelerakan memang terasa lebih bermakna.…

19 hours ago