Biasanya lepas siap masak, kita akan terus menyiram air sejuk ke dalam kuali panas kan? Kononya bagi mengelakkan sisa makanan melekat sebelum dicuci dengan sabun.
Tapi sebenarnya tindakan ini tidak sepatutnya dilakukan kerana kuali yang masih panas perlu dibiarkan sejuk sebelum dicuci.
Menyiram air sejuk ke dalam kuali yang panas dipanggil thermal shock. Ia boleh merosakkan permukaan dalam kuali, meskipun ia berjenama mahal.
Apa itu thermal shock? Secara dasarnya, logam mengembang ketika ia dalam keadaan panas. Sebahagian besar periuk dan kuali diperbuat daripada beberapa lapisan logam tahan karat dan mungkin memiliki beberapa lapisan enamel atau anti melekat.
Bahan tersebut akan mengembang dan menyusut pada suhu berbeza, yang tidak kita sedari.
Apabila air sejuk tiba-tiba dicurahkan ke dalam kuali panas, ia boleh menyebabkan kuali melengkung, retak atau pecah. Atas sebab itu, jika kita lihat, ada kuali kita yang berubah bentuk.
Cara terbaik untuk mengelak kerosakan ini adalah dengan membiarkan kuali sejuk dahulu sebelum dicuci. Jika ingin mencurah air ke dalamnya, gunakan air suam atau panas bagi mengelakkan kotoran melekat.
Kredit: Mstar
Resipi ayam gunting rangup ini sesuai untuk anda yang sering geram apabila salutan tepung terlalu…
Kalau sedang mencari idea menu yang berkuah dan mengenyangkan, mi kuah daging ini boleh dicuba.…
Kalau teringin nasi dagang Terengganu yang lengkap, hidangan ini boleh dibuat sendiri di rumah. Nasi…
Bagi wanita yang bekerja, nak masak setiap hari memang boleh jadi satu cabaran, lebih-lebih lagi…
Resepi sundubu jjigae ini sesuai untuk dicuba di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah ditemui…
Kek pisang marble ini sesuai dibuat kalau ada pisang yang sudah masak di rumah. Teksturnya…