Tak dinafikan setiap kali masak lagi sedap guna santan segar berbanding dari santan kotak. Tapi kadang-kadang bila nak masak, tak perasan santan dah jadi masam.
Pasti ramai yang pernah terkena kan? Selepas ini kalau santan dah rosak, jangan terus buang sebab boleh guna untuk buat minyak kelapa.
Minyak kelapa elok digunakan untuk rambut, kulit kering atau untuk dijadikan minyak untuk urutan. Lihat cara membuatnya yang dikongsikan oleh Yatie Rahim di bawah.
Siap dah santan masam kami. Terima kasih semua bagi idea. Dah hampir nak buang santan tu. Elok kejadian minyak bersih tiada bau. Boleh letak kat rambut. Siapa kena macam saya boleh la buat cara ini.
Tips: Sebelum masak, boleh letak santan masam dalam peti sejuk dulu. Bila kepala santan timbul, kaup dan guna ini sahaja untuk dipanaskan. Tak perlu guna airnya, cara ini lebih cepat.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…