PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-02 05:49:06

Air minuman jamu ini biasanya diamalkan oleh orang dulu-dulu bagi menjaga kesihatan. Namun, zaman sekarang ramai yang lebih memilih untuk mengambil suplemen-suplemen kesihatan yang sudah banyak dijual di pasaran. Sebenarnya jamu ini sangat baik khasiatnya kerana ia menggunakan bahan semulajadi. Seperti contoh, air jamu kunyit ini sangat elok untuk kesihatan dalaman wanita. Tambahan pula, ia cuma memerlukan 3 bahan sahaja! Jom ikuti perkongsian daripada Hamizah Jamian menerusi laman Facebook.


Kredit: bukanaku

Bahan-bahan:


Kredit: Hamizah Jamian

  • Ibu kunyit hidup
  • Asam Jawa
  • Gula perang

 

Cara-caranya:

  1. Bersihkan kunyit terdahulu sebersih-bersihnya dan biarkannya kering untuk seketika.


    Kredit: Keluarga
     

  2. Kemudian, masukkan kunyit yang sudah dibersihkan tadi ke dalam pengisar dan kisarkan bersama sedikit air masak.


    Kredit: Butterkicap
     

  3. Berhenti mengisar seketika dan masukkan gula perang ke dalam pengisar. Kemudian teruskan mengisar sehingga semua bahan sebati dan rata.


    Kredit: Maya La Cottage
     

  4. Selepas sudah siap mengisar, masukkan campuran kunyit dan gula perang yang sudah dikisar tadi ke dalam periuk. Kemudian, masukkan asam jawa dan masak sehingga mendidih.


    Kredit: Hamizah Jamian
     

  5. Rasa sedikit air jamu tersebut kemudian tambahkan atau kurangkan rasa manis masam mengikut citarasa sendiri.
     

Siap! Sangat cepat dan mudah. Selepas ini, para wanita boleh lah mengamalkan meminum jamu kunyit ini supaya kesihatan dalaman lebih sihat dan terjaga. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat untuk semua!


Kredit: Hamizah Jamian