jagung kelapa

Pasti ramai yang tidak pernah mendengar menu pencuci mulut yang legend ini, iaitu jagung kelapa parut.

Sebut saja nama manisan ini, sesetengah orang pasti akan auto teringat kenangan zaman kecil di kampung.

Bahan-bahan serta cara penyediaannya juga cukup mudah dan tidak renyah mana. Ia juga cukup sedap jika dinikmati ketika sejuk.

Pertama sekali, kita perlu merebus jagung dan asingkan isi dari batangnya. Kemudian isi jagung digaul dengan kelapa parut.

Untuk mengetahui cara yang lengkap, jom kita ikuti resipi yang dikongsikan oleh Siti Naaquiah di bawah.

Baca juga: Cara Buat Puding Jagung Yang Lembut Elok, Letak Agar-Agar Elak Tekstur Jadi Kasar

CARA BUAT JAGUNG KELAPA GULA

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Rebus jagung di dalam air sehingga empuk. Bila dah empuk, angkat jagung tersebut dan ambil isinya sahaja. Boleh hiris atau leraikan dari batangnya.

2. Campurkan semua bahan iaitu isi jagung, kelapa parut, garam dan gula. Gaul sehingga semuanya sebati.

3. Simpan di dalam bekas yang bertutup. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.

4. Sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!

jagung kelapa

Kredit resipi dan gambar: Siti Naaquiah

Baca juga: Cara Buat Cucur Jagung Untuk Minum Petang. Luar Rangup, Dalam Lembut!

Baca juga: Kena Gaul Dengan Garam, Rahsia Simpan Kelapa Parut Agar Tahan Lama

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN