Baru-baru ini hangat diperdebatkan oleh netizen apabila ramai yang melontarkan pandangan mengenai isu di restoran ‘fast food’.
Perdebatan bermula apabila ada seorang pengguna Twitter yang telah meluahkan rasa tidak puas hati apabila segelintir pengguna kita yang tidak ada common sense hanya kerana tidak membersihkan meja selepas makan di restoran ‘fast food’.
Kekurangan pekerja yang ingin berkerja dalam sektor makanan dan minuman juga menjadi alasan bahawa mereka yang tidak kemaskan meja selepas makan dianggap tidak berhati manusia.
Baca juga: TikToker British ‘Claim’ Nasi Lemak Singapura Lagi Sedap Dari Malaysia
Malah, perkara ini dapat menyusahkan orang lain yang datang untuk menjamu selera kerana terpaksa menunggu meja untuk dibersihkan.
Perkara ini tersebut dapat perhatian oleh ramai netizen dan mereka juga mempunyai perspektif yang berbeza dalam menilai perkara ini.
Ada pihak yang menyokong luahan tersebut dan mengajak semua untuk melakukan sedemikian dengan bantu mengemas meja selepas menjamu selera.
Malah perdebatan lebih hangat apabila ada antara mereka yang tidak dapat membezakan cas servis dengan cukai servis.
Namun tidak semua cadangan dan luahan dapat diterima semua, tetap ada juga yang tidak bersetuju untuk mengemas meja kerana menganggap kerja mengemas adalah tanggungjawab pekerja bukannya pelanggan.
Ada antara mereka juga turut menyalahkan majikan yang tiada inisiatif untuk menaikkan gaji kepada pekerja dan mencari pekerja baru yang terlihat menjadi isu mengapa tiada orang yang nak bekerja dalam sektor makanan dan minuman.
“Golongan kapitalis yang sepatutnya dipersalahkan dalam isu ini.”
“Kami bayar cukai, buat apa nak kemas?”
Hanya korang sahaja yang boleh menilai mana yang betul dan mana yang salah. Apa korang rasa?
Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…
Kalau ada yang rindu nak makan celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba…
Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut…
Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam…
Bosan asyik makan nasi untuk makan tengah hari? Apa kata cuba resepi lasagna daging yang…
Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…