isteri

Biarpun sudah diketahui rezeki seorang suami itu juga adalah sebahagian daripada berkat isteri dan anak-anak, namun masih ramai suami yang berkira dan ia bukanlah satu perkata pelik untuk zaman ini.

Malah, ada saja yang sanggup melaburkan duit dengan banyak untuk hobi mereka, tetapi bersikap kedekut apabila memberi nafkah kepada isteri.

Seperti yang dilalui oleh seorang wanita ini, dia berasa amat terkilan apabila suami mula pertikaikan ketika dia meminta duit belanja.

Artikel berkaitan: Cuba Minum Air Milo Buat Kali Pertama, Reaksi Wanita & Ibunya Dari Scotland Ini Raih Perhatian Netizen

Kerana sudah tidak dapat tahan lagi, wanita berkenaan mengambil keputusan menangis dan meluahkan rasa sedih melalui platform TikTok.

Segalanya bermula bila si suami berasa terkejut melihat beras terlalu cepat habis serta menasihati isteri untuk tidak menambah nasi sewaktu makan.

Padahal, wanita tersebut memberitahu dirinya tidak makan nasi dalam kuantiti yang banyak dan kadang-kala memakan sisa nasi daripada makanan anaknya saja.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kasihan melihat luahan video wanita terbabit dan ada juga yang memahami ‘akak’ itu kerana turut mempunyai suami yang mempunyai sifat berkira.

Sehingga artikel ini ditulis, video terbabit telah meraih lebih 345,000 tanda suka dan sebanyak 16,100 komen yang diterima daripada para pengguna platform tersebut.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN