Bagi individu sudah berkahwin, mereka mempunyai kelebihan apabila tiba waktu makan. Berbeza dengan golongan bujang, segelintir suami membawa bekal yang disediakan oleh pasangan.
Biasanya isteri akan meletakkan lauk bekal kepada suami dalam bekas lunch box. Namun lain pula yang berlaku kepada seorang lelaki ini apabila isterinya menyediakan bekal dalam ‘misteri box’.
Menerusi aplikasi TikTok, @bosshukex atau Mohd Shukrie Rahim memuat naik video yang dirakam salah seorang rakan memaparkan dirinya ‘dibahan’ kerana bekal yang dibawanya ‘besar’ lain macam.
Ada apa dalam ‘misteri box’?
Difahamkan, pemilik bekal itu sendiri tidak tahu apa isi bekal dalam beg tersebut. Oleh kerana tidak dapat menahan rasa ingin tahu isi dalam beg tersebut, rakannya menolong empunya bekal membuka beg tersebut.
Apa yang mengejutkan, bekal yang disediakan oleh isteri pemilik TikTok tersebut bukan biasa-biasa. Sebaik sahaja beg dibuka, kelihatan periuk besar yang berisi lauk ikan siakap.
Member tolong buka bekal untuk hilangkan segan
Meneroka ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka dan ada juga yang memuji rakan yang menyakat itu kerana ia boleh mengurangkan rasa segan pemilik bekal.
Netizen juga memuji isterinya kerana rajin membuat bekal untuk suami.
Video penuh:
@bosshukex Kadang kadang malu juga bawa bekal. 😛 #bekalsuami