Categories: Resipi

Isi Ayam Banyak? Jom Buat Sosej Homemade, Lebih Sihat Tanpa Bahan Pengawet!

Anak-anak suka sangat makan sosej. Sebelum ni asyik beli je kan? Kali ini apa kata jom buat sendiri sosej homemade untuk mereka.

Tak perlu risau dah kalau anak-anak nak makan hari-hari sebab kalau buat sendiri sosej, dijamin lebih sihat dan selamat dari bahan pengawet yang merbahaya.

Lihat cara-cara membuat sosej di bawah. Senang sangat! Buat banyak terus, simpan dalam peti sejuk beku. Bila nak makan, defrost sekejap dan dah boleh goreng. Selamat mencuba!

Cara Buat Sosej Homemade

Bahan-bahan:

  • 400gm isi ayam*
  • 1/2 bawang besar*
  • 1 biji cili kering*
  • 2@3 biji cili api* (Nak pedas lebihkan)
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 sudu pati maggi@1/4 kiub ayam
  • 2 biji telur gred C
  • Garam secukup rasa
  • 3@4 biji lada hitam (nak pedas boleh lebihkan)
  • 4 sudu besar tepung ubi
  • Sawi (terpulang nak letak atau tak)
  • Carrot (terpulang nak letak atau tak)
  • Plastik ais krim

Cara-cara:

1. Blend isi ayam dan semua bertanda (*).

2. Campur semua bahan² dan gaul sebati.

3. Piping adunan kedalam plastik aiskrim. Ikat kedua2 hujung plastik aiskrim, ketat dan kemaskan.

4. Kukus Selama 15@20 minit dengan api sederhana besar. Tapi kalau rasa adunan masih lembik, tambahkan masa mengukus.

5. Sejukkan sosej, potong hujung plastik dan keluarkan sosej.

6. Panggang sehingga warna keemasan dengan api. Letak sedikit minyak untuk elakkan sosej melekat.

Kredit: Izatul Shiela II

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago