bercakap

Ketika kecil kita sering dilarang oleh ibu bapa untuk bercakap ketika makan mahupun minum, apatah lagi ketika mulut dipenuhi dengan makanan.

Malah, perkara ini turut ada di dalam salah satu adab ketika makan dan minum. Namun, pasti ada sahaja di antara kita yang sering melakukan hal tersebut.

Bukan itu sahaja, adakalanya ada di kalangan rakan mahupun keluarga yang berseloroh ketika sedang makan sehingga membuatkan seseorang itu tersedak akibat menahan ketawa.

Baca juga: ‘Lah Baru Tahu!’- Pelajar Ini Kongsi Cara Betul Makan Guna Bekas Makanan

Sesak nafas ketika minum air kerana cuba menahan ketawa

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan keadaan seorang wanita yang sesak nafas kerana cuba menahan ketawanya selepas meminum air kosong.

Video tersebut bagaimanapun, telah membuatkan ramai yang tertanya-tanya apakah yang sudah terjadi kepada individu tersebut.

Doktor tampil perjelaskan situasi sebenar, air masuk dalam paru-paru

Oleh itu, seorang pengamal perubatan iaitu @drwanshare telah tampil menjelaskan keadaan wanita tersebut dan apakah yang berlaku kepada dirinya.

Menerusi video tersebut dia menjelaskan air yang diminum oleh wanita itu telah masuk ke dalam paru-parunya dan bukan langsung ke saluran usus atau perut.

Katanya, hal itu berlaku kerana manusia berkongsi saluran pernafasan dan saluran makanan yang sama pada permulaannya sebelum ia dipisahkan oleh ‘epiglottis’ iaitu salah satu benda di dalam badan yang akan memisahkan antara makanan dengan udara.

Ini kerana, saluran makanan (esophagus) dan saluran udara (trachea) mempunyai kedudukan yang bersebelahan dan sangat dekat.

Epiglottis berfungsi untuk asingkan makanan

Maka ketika makanan dimasukkan epiglottis akan berfungsi untuk mengasingkan makanan tersebut dan akan menutup saluran trachea.

Ini kerana epiglottis akan terbuka sewaktu seseorang itu sedang bercakap, dan boleh menyebabkan makanan atau minuman termasuk ke dalam saluran pernafasan dan langsung ke paru-paru.

Jelasnya apa yang terjadi kepada wanita itu adalah disebabkan epiglottis miliknya tidak ditutup dengan baik dan menyebabkan dia terbatuk-batuk sehingga berlaku sesak nafas.

Bernasib baik kerana air yang diminum adalah air kosong

Katanya, wanita itu bernasib baik kerana air yang diminumnya merupakan air kosong di mana paru-paru sememangnya dijadikan berada dalam keadaan lembab disebabkan air maka ia tidak akan mendatangkan sebarang masalah.

Ini kerana air tersebut akan diserap semula ke dalam saluran darah.

Boleh berlaku jangkitan paru-paru jika air tersebut adalah air berperisa

Namun, situasi ini berbeza sekiranya dia meminum air berperisa di mana ini boleh menyebabkan wanita itu mengalami jangkitan paru-paru yang dikenali sebagai ‘aspiration pneumonia’.

Melihat di ruangan komen, ramai yang berterima kasih dengan ilmu yang dikongsikan oleh doktor tersebut. Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah mengalami situasi yang sama.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN