Categories: Tips & Petua

Ini Cara Nak Ayam Rangup Tanpa Minyak Guna Air Fryer, Memang Menjadi!

Bagi yang ada air fryer di rumah, apa kata cuba teknik rahsia seperti perkongsian dari Tsu Feh Sufiah ini. Walaupun tak guna setitik minyak masak, ayam tetap rangup dan sedap!

Cara Buat Ayam Rangup Guna Air Fryer

Ayam goreng tak guna minyak tetap garing. Semata-mata tak nak guna minyak, gigih cari solusi cara goreng ayam pakai air fryer. Akhirnya, misi berjaya! Ayam goreng sedap dan rangup.

Tengah hari tadi min goreng ayam tak pakai minyak tau, yang nampak berminyak tu sebab lemak daripada ayam tu keluar. Korang try la buat. Serius, tak payah masuk setitik minyak pun.


Caranya senang sahaja:

1. Basuh bersih ayam.

2. Lumurkan ayam dengan:

  • bawang putih (tumbuk lumat)
  • sedikit halia (tumbuk lumat)
  • sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)
  • sedikit kunyit serbuk
  • garam

3. Gaul sebati dan masukkan dalam bakul air fryer.

  • suhu 180 darjah
  • masa 15 mini

Saya guna AirFryer Philips Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo.

5. Siap dan boleh dihidangkan.


Lebih jimat masa dan juga minyak masak. Sekali sekala cuba cara ni apa salahnya. Rasanya tetap sama seperti goreng menggunakan minyak masak.

Artikel berkaitan: Kentang Bakar Berempah Crunchy Guna Air Fryer, Sesuai Buat Snacks Sihat

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

14 mins ago

Resipi Ikan Bakar Tomyam, Pesnya Yang Pedas Masam Meresap Sampai Ke Dalam Isi!

Ikan bakar tomyam boleh dijadikan pilihan lauk untuk makan tengah hari atau makan malam bersama…

34 mins ago

Sizzling Yee Mee Sedap Tanpa Hotplate, Guna Kuali Biasa Pun Menjadi!

Teringin nak makan sizzling yee mee sedap seperti di restoran, tetapi tiada hotplate di rumah?…

2 hours ago

Resipi Chili Crab Dengan Kuah Telur Pekat Bersalut, Sama Macam Makan Di Singapura!

Resepi ketam masak cili ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan berkuah pekat…

3 hours ago

Cara Buat Pau Sambal Guna Sukatan Cawan, Satu Adunan Boleh Buat Donat Dan Mantao!

Nak buat pau sambal homemade yang lembut, gebu dan sedap dimakan panas-panas? Cara buat pau…

4 hours ago

Resipi Roti Poket Doraemon, Kulit Rangup Di Luar Dengan Inti Ayam & Sosej Yang Penuh!

Roti poket Doraemon ini menggunakan roti biasa yang dileperkan sebelum diisi dengan inti ayam kisar…

5 hours ago