Pernah tak korang terjumpa ulat dalam makanan korang? Euww~
Walaupun bukan selalu, min pasti pernah sekali seumur hidup ni korang akan berdepan situasi yang mana korang terjumpa bendasing dalam makanan macam contoh dawai kokot, rambut dan lain-lain.
Begitulah kisah yang ‘kurang enak’ berlaku kepada seorang wanita yang menemukan seekor ulat hidup dalam kuah laksa yang dibeli dari sebuah ‘outlet’ laksa yang terkenal di Kajang, Selangor.
Baca juga: Bisnes Pernah Jatuh Kerana Berita Palsu, Sos Aminah Hassan Kembali Bangun Semula
Menerusi perkongsian pengadu di TikTok, dia yang dikenali sebagai Lya Dhanea tersebut sedang menikmati makanan kegemarannya itu sebelum mendapati haiwan tersebut ‘berenang’ dalam kuah laksa berkenaan.
@lyadhanea Dulu D’laksa ni quality tiptop, now hancurrr ❎ used to be my fav but no more..tu taugeh ke apoo?
Tanpa berfikir panjang, dia yang loya dengan kejadian tersebut terus membuang laksa itu serta satu lagi hidangan lain yang turut dibeli dari kedai yang sama.
Menurut Dhanea, dia turut membuat aduan kepada pihak berkenaan mengenai kejadian tersebut namun tidak menerima sebarang respon daripada kedai makan yang popular dengan hidangan laksa tersebut.
Tambahnya lagi, tujuan beliau membuat aduan adalah bagi mendapatkan penjelasan lanjut selain meminta pihak pengurusan melakukan siasatan keatas kedai yang dimaksudkan selain ingin mereka meningkatkan kualiti serta kebersihan.
Selain itu, menurut pengadu, dia berkongsi video berkenaan untuk tujuan kesedaran kepada orang ramai kerana ianya melibatkan kesihatan dan makanan.
Dalam masa yang sama, ada juga beberapa individu yang lain di ruangan komen turut berkongsi pengalaman yang sama dan kurang baik berkenaan kedai yang sama.