ikan tongkol rebus goreng

Resipi ikan tongkol rebus goreng ini nampak simple tapi sebenarnya ada petua supaya ikan tidak hanyir dan rasa lebih sedap.

Kalau makan dengan budu lenyek cili api, sambal belacan atau jering mudah, memang bertambah nasi la jawabnya.

Kalau ada yang tak pernah makan lauk ini, jom cuba buat dengan menggunakan resipi di bawah.

Resipi Ikan Tongkol Rebus Goreng

Bahan-bahan:

  • 3 keping ikan tongkol (boleh juga guna ikan selayang, ikan kembung)
  • Air agak-agak tenggelam ikan
  • Asam 5/6 keping
  • Bawang putih ketuk
  • Halia hiris
  • Lengkuas hiris
  • Garam kasar 3 sudu besar

Cara-cara:

1. Rebus ikan dengan semua bahan di atas. Penyedap yang buat ikan rasa manis dan cantik bila digoreng ialah letak sedikit gula kabung/gula melaka.

Petua supaya ikan tidak hanyir ialah letakkan satu sudu teh beras.

2. Biarkan semua bahan menggelegak dalam 15 minit. Masak sehingga kuah tinggal sedikit sahaja.

Sekiranya nak simpan ikan ni buang dulu air rebusan sebab ikan akan menyerap masin.

3. Goreng ikan tadi bersama semua bahan-bahan yang dalam periuk tu. Bahan tu la yang buat bau harum macam minyak wangi avon.

Cara empunya resipi makan, ambil minyak goreng letak dalam nasi letak budu sikit kemudian gaul-gaul.

Kredit: Faizah Husain

Baca juga: Tips Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup, Tak Hancur & Lurus Elok

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN