ikan tenggiri masak kicap

Kalau tiada idea nak masak apa untuk makan tengah hari, ibu-ibu boleh cuba resepi ikan tenggiri masak kicap ini. Kadang-kadang bosan juga asyik masak ayam saja kan?

Resipi perkongsian oleh Encik Mohd Rozmie ini sangat lazat dan menyelerakan. Menurutnya, dia ada meletakkan ‘2 bahan’ istimewa supaya bau masakan ini lebih terangkat. Jom cuba!

Baca juga: Sedapnya Ikan Celup Tepung Ala Terengganu, Ikut Resipi Ini Memang Rangup Kruk Krak!

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK KICAP

Bahan-bahan:

  • Ikan tenggiri
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • 4 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • 1 biji tomato
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • 2 sudu besar cili kisar/cili boh
  • 3 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar kicap pekat masin
  • 2 sudu besar sos tiram

Cara memasak:

1. Cuci bersih ikan tenggiri yang sudah dipotong. Lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian perapkan seketika selama 30 minit.

2. Sambil tunggu ikan diperap, tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan halia.

3. Panaskan minyak dan goreng ikan tenggiri tadi. Bila dah siap goreng, ketepikan seketika sambil buat kuah kicap pula.

ikan tenggiri masak kicap

4. Keluarkan minyak bekas goreng ikan tadi, tinggal sedikit saja minyak untuk menumis bahan tumbuk kasar tadi. Tumiskan juga bersama kulit kayu manis dan bunga lawang (supaya bau lagi sedap dan terangkat).

5. Apabila bahan tumisan dah naik bau dan bertukar sedikit warna, masukkan pula cili kisar. Tumis lagi sehingga bahan tadi masak.

6. Masukkan pula kicap masin, kicap pekat manis, sos tiram dan kacau sehingga sebati.

7. Seterusnya, masukkan 2 cawan air. Kalau suka berkuah, boleh lebihkan air. Biarkan kuah mereneh.

8. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.

9. Bila kuah dah betul-betul masak, masukkan ikan goreng tadi dan gaul sehingga kuah meresap ke dalam ikan goreng.

10. Campakkan juga cili potong. Lebihkan jika suka pedas.

11. Masukkan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Bila bawang dah layu, masukkan tomato.

12. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas. Selamat mencuba!

ikan tenggiri masak kicap

Kredit resipi dan gambar: Mohd Rozmie

Baca juga: Resipi Pais Ikan Bakar Simple & Sedap, Baunya Yang Semerbak Sangat Mengiurkan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN