ikan siakap pedas

Sudah sering pesan di restoran, jadi sekali-sekala bolehlah cuba masak Ikan Siakap Pedas Manis yang cukup padu dan pasti buatkan keluarga anda seronok menikmatinya.

Ikan siakap sering menjadi pilihan menu terutamanya di restoran makanan Thai. Dalam banyak-banyak jenis masakan, Ikan Siakap Pedas Manis paling digemari ramai.

Leha Yusuf telah kongsikan cara masak Ikan Siakap Pedas Manis di Facebook yang hasilnya membuatkan ramai teliur melihatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: 10 Jenis Ikan Sedap Digoreng, No. 5 Paling Ramai Suka Masak Di Rumah!

RESIPI IKAN SIAKAP PEDAS MANIS

ikan siakap pedas

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 sudu cili kisar
  • 3 biji cili padi (dipecahkan, jika nak lebih pedas, tambah saja)
  • 2 helai daun limau
  • 4 sudu sos cili (boleh tambah jika nak)
  • ½ inci halia
  • 1/3 batang kayu manis Ceylon
  • 1 biji bunga lawang

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak dan goreng ikan siakap sehingga garing, angkat dan ketepikan dahulu.

2. Selepas itu, guna sedikit minyak goreng ikan tadi dan masukkan bawang besar, bawang putih, halia, kayu manis Ceylon serta bunga lawang.

3. Tumis bahan-bahan tersebut sehingga wangi, kemudian masukkan terus cili kisar dan masak sampai pecah minyak.

4. Guna api sederhana saja untuk mengelakkan sambal tak masak. Setelah pecah minyak, masukkan sos cili dengan cili padi dan kacau rata.

5. Masukkan ikan siakap dan kacau bagi sebati dengan sambal, kemudian biar sekejap lebih kurang dalam 30 saat.

6. Seterusnya, masukkan sedikit air (saya masukkan lebih sedikit tapi tak cair).

7. Akhir sekali, masukkan sedikit garam (fungsi garam dapat naikkan rasa dan bau masakan). Siap untuk dihidang!

ikan siakap pedas

Jika ada tetamu yang nak datang ke rumah dan anda tiada idea hidangan lauk, bolehlah masak Ikan Siakap Pedas Manis ini yang pasti dipuji kesedapannya nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Leha Yusuf

Baca juga: Ikan Air Asam Paling Mudah, Cara Masak Ini Buat Orang Kecur Air Liur

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN