ikan selayang goreng

Sebut sahaja ikan goreng, pasti akan terbayangkan kerangupan di luar dan isi yang lembut di dalam. Makan bersama nasi putih panas memang mantap! Salah satu jenis ikan yang sedap adalah ikan selayang goreng.

Ia merupakan menu yang mudah dan simple, namun tidak ramai dalam kalangan kita yang pandai menggoreng ikan sama seperti mak-mak di kampung buat. Tapi macam mana cara goreng ikan untuk jadikan rangup tu ya?

Jadi, ini tips teknik goreng ikan sedap dan rangup perkongsian oleh seorang pengguna TikTok bernama Hariezal yang anda boleh cuba. Confirm rangup dari tulang hingga ke kepala!

Baca juga: Sedapnya Ikan Celup Tepung Ala Terengganu, Ikut Resipi Ini Memang Rangup Kruk Krak!

PETUA IKAN SELAYANG GORENG RANGUP

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Cuci ikan selayang sehingga bersih. Jangan lupa kelarkan ikan.

2. Kemudian, lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.

3. Panaskan minyak di dalam kuali. Guna minyak yang banyak supaya ikan tenggelam bila digoreng nanti

4. Pastikan minyak betul-betul panas, guna api sederhana.

5. Kemudian boleh mula menggoreng ikan sehingga garing.

6. Angkat ke dalam pinggan dan sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!

Kredit: TikTok King Of Budu

Baca juga: Ikan Rebus Asam Style Pantai Timur, Ini Rahsia Supaya Rasa Lebih ‘Kick’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN