ikan sardin kuah percik

Ikan sardin kuah percik merupakan hidangan yang sering menjadi pilihan ramai, terutama dalam kalangan yang mencari hidangan yang cepat dan mudah disediakan.

Dengan menggunakan resipi ikan sardin kuah percik ini, anda dapat menikmati hidangan yang lazat dan memuaskan selera.

Jom kita tengok resipi yang mudah ini.

Baca juga: Resipi Nasi Lemuni Dan Sambal Udang, Orang Utara Cukup Suka!

RESIPI IKAN SARDIN KUAH PERCIK

Bahan-bahan:

  • 1 tin besar ikan sardin (asingkan kuah dan isinya)
  • 500ml santan kotak
  • 1 batang serai – titik
  • 1 keping asam gelugor
  • 1/2 helai daun kunyit – carik dan simpul
  • 5 tangkai cili kering – kisar
  • 4 ulas bawang merah – kisar
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • 2 cm halia – kisar
  • 2 biji buah keras – kisar
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

1. Bakar ikan sardin menggunakan ketuhar atau pemanggang sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan kisar bersama santan.

3. Didihkan campuran tersebut di atas dapur dengan api sederhana.

4. Setelah mendidih, masukkan asam gelugor, serai, dan daun kunyit. Kacau hingga kuah pekat.

5. Kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6. Setelah timbul minyak, tutup api dan hidangkan ikan sardin bakar bersama sos percik yang telah disediakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Menu Masakan Kampung 

Baca juga: Ayam Masak Lemak Cili Stail Bujang, Cara Campak-Campak Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN