Categories: Resipi

Anak Susah Makan Ikan? Hidangkan Salmon Goreng Kunyit Ini, Terus Jadi Kegemaran!

Hidangan goreng kunyit biasanya menggunakan ayam atau daging sebagai bahan utama. Namun, resipi ikan salmon goreng kunyit ini memberikan kelainan dengan menggunakan salmon yang digoreng bersama kunyit dan garam sehingga garing sebelum digaul dengan bawang Holland, bawang putih serta cili hijau.

Penggunaan salmon memberikan rasa yang berbeza pada hidangan goreng kunyit yang biasa disediakan. Gabungan bahan tumis pula menjadikan rasanya lebih serasi dengan cita rasa tempatan, terutama apabila dipadankan dengan kicap dan sambal belacan.

Untuk memastikan salmon tidak mudah hancur, goreng ikan sehingga garing terlebih dahulu sebelum dicampurkan dengan bahan tumis. Gaul secara perlahan supaya bentuk ikan kekal cantik dan tidak berderai.

Baca juga: Penat Seharian Tapi Teringin Makan Berat? Resipi Buttermilk Salmon Berkrim Ini ‘Perfect’ Untuk Dicuba!

RESIPI IKAN SALMON GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:

  • Salmon
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji bawang Holland, dihiris
  • 1–2 batang cili hijau, dihiris
  • 3 ulas bawang putih, dihiris
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Gaulkan salmon bersama serbuk kunyit dan garam hingga rata.
  2. Panaskan minyak dan goreng salmon sehingga garing. Pastikan salmon tidak terlalu kerap diterbalikkan supaya isinya tidak mudah hancur.
  3. Angkat salmon dan ketepikan. Gunakan sedikit minyak yang sama untuk menumis bawang Holland, cili hijau dan bawang putih.
  4. Tumis semua bahan sehingga layu dan naik bau.
  5. Masukkan semula salmon yang telah digoreng tadi. Gaul perlahan-lahan sehingga semua bahan sebati.
  6. Perasakan dengan sedikit garam dan perasa mengikut cita rasa. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Threads @ms.bunga_f

Baca juga: 6 Jenis Ikan Di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu Tinggi Omega-3, Harga Pun Lebih Murah Dari Salmon

Izzati

Recent Posts

Daun Selasih & Daun Kesum Cepat Hitam? Cuba Cara Simpan Ini, Kekal Segar Lebih Lama!

Daun selasih dan daun kesum antara bahan masakan yang sering digunakan untuk menaikkan aroma serta…

14 minutes ago

Bayam Bulat vs Bayam Tajam, Nampak Hampir Sama Tapi Rupanya Banyak Beza! Ini Ciri-Cirinya

Bayam tajam dan bayam bulat merupakan antara sayuran hijau yang mudah ditemui di pasar basah…

14 minutes ago

Resepi Biskut Semperit Susu Guna 3 Bahan Sahaja, Rangup Dan Cair Di Mulut!

Resepi biskut semperit susu ini antara pilihan yang boleh dicuba jika sedang mencari biskut yang…

3 hours ago

Cucur Balak Rangup Cicah Kuah Kacang, Rupanya Cara Buat Adunan Macam Kulit Ketayap!

Kalau biasa menikmati cucur atau kuih tradisional sebagai hidangan minum petang, apa kata cuba pula…

5 hours ago

Cara Buat Bingka Ubi Dengan Permukaan Garing Tapi Isi Lembut, Manis Cukup Rasa!

Cara buat bingka ubi sendiri di rumah tidaklah sesukar yang disangka. Kuih tradisional ini cukup…

5 hours ago

Sambal Berlada Telur Rebus Bilis Kentang, Lauk Ringkas Tapi Nasi Tambah 3 Kali!

Kadang-kadang, lauk yang ringkas dengan gabungan rasa pedas, masin dan sedikit manis inilah yang paling…

5 hours ago